Super User

Super User

Webmaster SMART

Wednesday, 29 October 2014 13:27

KURSUS PLuG TMK TAHUN 5 DAERAH KUANTAN 2014

MAKMAL TMK SMART, 28 - 30 OKTOBER 2014 ; Kursus Plug TKM Tahun 5 Daerah Kuantan 2014 telah berlangsung dengan jayanya di Makmal Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) SMK Abdul Rahman Talib (SMART) yang dikendalikan oleh Encik Ramly Mat Rani, Penyelaras Bestari SMART. Kursus ini diberikan kepada Guru-guru Mata Pelajaran Teknologi Maklumat & Komunikasi di sekolah-sekolah rendah Daerah Kuantan.

Wednesday, 29 October 2014 09:55

RESTU ILMU TINGKATAN 5 & 6/2014

DEWAN AL-FALAH, 29 OKTOBER 2014 : Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMK Abdul Rahman Talib (SMART) telah menyempurnakan Majlis Restu Ilmu Tingkatan 5 dan 6 Tahun 2014 di Dewan Al-Falah yang akan menduduki peperiksaan awam tahun 2014 (SPM dan STPM). Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Zaki, ucapan wakil tingkatan 5 dan 6 oleh pelajar, ucapan pengetua, lafaz penyerahan ilmu oleh En. Yusuf dan lafaz penerimaan ilmu oleh pelajar tingkatan 5 dan 6 serta lafaz ikrar oleh semua pelajar tingkatan 5 dan 6.

Friday, 10 October 2014 08:00

SOLAT HAJAT PERDANA SMART 2014

MASJID SULTAN AHMAD SHAH TOK SIRA, 9 OKTOBER 2014 : Majlis Solat Hajat Perdana SMART 2014 untuk pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan Penilaian Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) telah berlangsung dengan sempurna di Masjid Sultan Ahmad Shah Tok Sira yang bermula dari jam 6.30 petang hingga jam 10.00 malam. Majlis dihadiri oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMK Abdul Rahman Talib, AJK PIBG SMART, guru-guru SMART, ibu bapa pelajar SMART dan ahli kariah masjid. Majlis dimulakan dengan solat Magrib berjamaah, solat Hajat berjamaah, bacaan Yasin serta tahlil dan diakhiri dengan solat Isyak secara berjamaah. Sebelum pulang semua jamaah dijamu dengan makanan yang disediakan di persekitaran masjid.

Friday, 10 October 2014 00:00

RESTU ILMU TINGKATAN 3/2014

DEWAN AL-FALAH, 9 OKTOBER 2014 : Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMK Abdul Rahman Talib (SMART) telah menyempurnakan Majlis Restu Ilmu Tingkatan 3 Tahun 2014 di Dewan Al-Falah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Sovri, ucapan wakil oleh pelajar dan lafaz ikrar oleh semua pelajar tingkatan 3.

Thursday, 09 October 2014 00:00

ANUGERAH KOKURIKULUM SMART 2014

DEWAN AL-FALAH, 8 OKTOBER 2014 : Majlis penyampaian Anugerah Kokurikulum SMART 2014 kepada pelajar-pelajar yang layak mengikut kategori yang telah ditetapkan telah berlangsung dengan sempurnanya di Dewan Al-Falah SMK Abdul Rahman Talib. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMART dan Tuan Haji Halele bin Ulul Azmi, GPK HEM SMART. Anugerah ini bertujuan untuk menghargai sumbangan pelajar kepada sekolah sepanjang tahun persekolahan 2014.

Thursday, 09 October 2014 00:00

MINI SMART NIAGA 2014

Perkarangan SMART, 8 Oktober 2014 : Mini SMART Niaga 2014 telah berlangsung dengan jayanya yang melibatkan unit-unit beruniform SMART untuk melakukan aktiviti perniagaan makanan bermula jam 12.00 tengah hari hingga jam 3.30 petang. Ia bertujuan untuk menanam dan melatih pelajar SMART dalam aktiviti perniagaan untuk menjadikan sumber pendapatan utama di masa hadapan selain cemerlang dalam akademik dan sahsiah.

Friday, 03 October 2014 00:00

PROGRAM JEJAK SEMUA A SHAKS

SMART, 2 OKTOBER 2014 - SMK Abdul Rahman Talib (SMART) telah menerima pelajar-pelajar SMK Sultanah Hajjah Kalsom (SHAKS) dalam Program Jejak Semua A SPM 2014. Mereka telah ditempatkan di kelas-kelas yang terpilih dengan bimbingan Puan Hajjah Norziah, Kaunselor SMART. Diharap segala usaha dan pengorbanan membuahkan hasil kepada semua peserta. Majlis penutup telah diadakan di Bilik Al-Hikmah SMART dengan ucapan pembakar semangat oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMART kepada semua peserta.

Thursday, 02 October 2014 00:00

KARNIVAL 1MURID 1SUKAN SMART 2014

PADANG SMART, 1 OKTOBER 2014 - Karnival 1Murid 1Sukan Peringkat Sekolah 2014 SMK Abdul Rahman Talib (SMART) telah berlangsung dengan jayanya. Antara sukan dan permainan yang dipertandingankan seperti futsal,bola tampar, bola jaring, tarik tali, lairan 100m dan lontar peluru. Semua pelajar terlibat, terutamanya pelajar-pelajar tang tidak mewakili sekolah dalam mana-mana acara di peringkat daerah atau negeri dan ke atas.

Monday, 22 September 2014 08:50

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN KE-57/2014


SMART, 31 OKTOBER 2014 - Dalam ucapan penutupan Tuan Pengetua, beliau mengingatkan warga SMART agar sentiasa meningkatkan kesedaran akan kepentingan bersatu mempertahankan Negara disamping mewujudkan rasa sayang dan cintakan Negara. Menghargai setiap pengorbanan pejuang dan apa yang kita miliki sehingga sekarang. Memupuk semangat patriotisma dan cintakan Negara dikalangan warga SMART. Menyemai semangat jati diri kepada semua pelajar kerana semangat ini akan mendorong kepada pemikiran yang kreatif dan inovatif yang akan membawa kepada pembangunan Negara demi memperkukuh dan mempertahankan Negara. Majlis ditutup dengan nyanyian lagu Tema Hari Kemerdekaan ke-57 dan lagu Tanggal 31 Ogos.

Wednesday, 10 September 2014 11:25

BICARA TOKOH 2014: HAJAH RUBIAH HAJI SIDIN

Dewan Al-Falah, 10 SEPTEMBER 2014 : Bicara Tokoh 2014 bersama Pn. Hajah Rubiah binti Haji Sidin SAP., AMP., AMN., Mantan Pengetua SMART 1997 hingga 2004 sempena Bulan Kemerdekaan ke-57 Tahun. Penglibatan beliau selepas bersara daripada perkhidmatan pendidikan sebagai Pengerusi Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Pahang Timur Berhad, Pengetua Rumah Pengasih Sultan Haji Ahmad Shah, Penasihat Mahkamah Kanak-kanak Kuantan, Ahli Lembaga Pelawat Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah Kuantan, Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Daerah Kuantan (JKKD) dan AJK Pesara Guru Kuantan.