Super User

Super User

Webmaster SMART

Tuesday, 24 February 2015 13:41

LATIHAN KEBAKARAN SMART 2015

SMART, 24 FEBRUARI 2015 - Sesi Latihan Kecemasan dan Kebakaran 'Fire Drill' telah diadakan di padang SMK Abdul Rahman Talib (SMART), bermula jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi yang melibatkan semua warga SMART bersama pasukan bomba dari Balai Bomba Bukit Ubi, Kuantan dengan kekuatan sebuah trak bomba bersama sembilan anggota bomba.

Tuesday, 17 February 2015 13:10

SALAM UKUWAH TAHUN BARU CINA

17 FEBRUARI 2015 - Dataran Tan Sri Abd Ghafar Mahmud SMK Abdul Rahman Talib, majlis ringkas salam ukuwah sempena Tahun Baru Cina 2015 telah diadakan secara ringkas dan menjadi tradisi SMART bagi setiap perayaan besar yang disambut di Malaysia. Budaya dan amalan baik ini dapat diteruskan setiap tahun.

Monday, 16 February 2015 18:12

LAWATAN PENANDA ARAS SEMSAS

SMART, 16 FEBRUARI 2015 - Lawatan Penanda Aras Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS), Kuantan yang diketuai oleh Tuan Haji Abdul Rahim bin Yunus, Pengetua SEMSAS bersama 32 guru dan staf. Sesi taklimat ringkas oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMK Abdul Rahman Talib (SMART) dan diteruskan oleh Encik Ahmad Zamri bin Md Isa, GPK Pentadbiran SMART, dan diakahiri dengan ucapan balas oleh Tuan Haji Abdul Rahim bin Yunus serta penyampaian cenderamata daripada pihak SMART dan SEMSAS.

Sunday, 01 February 2015 12:27

CEMERLANG KERJAYA ATITITUD POSITIF

BTPN PAHANG, 31 JANUARI 2015 - Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Guru-Guru SMK Abdul Rahman Talib (SMART) Sesi 2/2015 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan BTPN Pahang yang dihadiri oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMART, barisan Guru Penolong Kanan, barisan Ketua Bidang dan guru-guru SMART. Tajuk Cemerlang Kerjaya Atititud Positif (C.E.K.A.P 15), yang terdiri daripada 6 sub topik iaitu SMARTLIFE-Iventori Doket : 1 - Kerjaya, 2 -  Keluarga, 3 - Sosial, 4 - Disiplin, 5 - Spiritual dan 6 - Minda telah disampaikan oleh Dr. Mohd Hairi bin Abdullah Hashim daripada AG Aspiration.

Saturday, 17 January 2015 12:10

LADAP FROG VLE SMART 2015

DEWAN AL-FALAH SMART, 17 JANUARI 2015 - Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Frog VLE SMART 2015 telah berjaya diadakan di Dewan Al-Falah SMART dengan dihadiri oleh semua guru SMART dan turut hadir Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMART serta barisan Guru Penolong Kanan. Fasilitor jemputan khas daripada pihak Frog Asia telah diundang untuk menyampaikan penerangan kepada semua guru SMART dan diakhiri dengan perkongsian oleh Encik Ramly bin Mat Rani, Guru Penyelaras Bestari SMART atas perkongsian Google Drive serta perkongsian oleh Datin Salmiah atas penggunaan aplikasi Prezi yang amat memudahkan berbanding Power Point.

Friday, 16 January 2015 15:08

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436H

DATARAN TAN SRI ABDUL GHAFAR, 16 JANUARI 2015 - Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1436H telah disambut secara sederhana dengan penyampaian ceramah oleh Ustaz Ismail bin Nihat, bekas mantan guru SMART. Majlis dihadiri oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMART, barisan pengurusan SMART, guru-guru dan pelajar SMART. Program ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Bina Insan SMART.

Friday, 16 January 2015 14:49

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN EMPAT 2015

DEWAN AL-FALAH, 16 JANUARI 2015 - Program Orientasi Tingkatan Empat 2015 telah berlangsung dengan jayanya dari 15 hingga 16 Januari 2015. Program ini bertujuan untuk pencerahan kepada semua pelajar yang akan mengikuti aliran yang bersesuaian dengan kemampuan diri masing-masing. Garisan panduan diberikan oleh pihak pengurusan, guru mata pelajaran dan juga Tuan Pengetua.

Wednesday, 14 January 2015 16:12

MINGGU ORIENTASI TINGKATAN SATU 2015

DEWAN AL-FALAH, 14 JANUARI 2015 - Program Minggu Orientasi Tingkatan Satu 2015 dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMART dengan kerjasama Badan Perwakilan Pelajar SMART (BPP) bermula dari 12 hingga 14 Januari 2015. Antara pengisian sepanjang program Sekolahku SMK Abdul Rahman Talib, Taklimat Pusat Sumber Sekolah dan NILAM, Taklimat Mata Pelajaran, Taklimat Biasiswa, Le Tour de SMART, Aktiviti Kokurikulum SMART dan bersama BPP mencari Bakat. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Halele bin Ulul Azmi, GKP HEM.

Monday, 12 January 2015 15:59

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2015

DATARAN TAN SRI ABDUL GHAFAR, 12 JANUARI 2015 - Suasana hari pertama persekolahan SMK Abdul Rahman Talib (SMART) di Dataran Tan Sri Abdul Ghafar yang baru siap pada akhir tahun 2014 dengan dimulakan bacaan doa oleh Badan Perwakilan Pelajar SMART dan ucapan aluan Ketua Pelajar SMART, Muhammad Hazim bin Zulkifly yang mewakili semua pelajar SMART. Sesi taklimat ringkas oleh Guru Disiplin, Guru Penolong Kanan HEM dan ucapan oleh Tuan Pengetua SMART.

Sunday, 11 January 2015 12:54

PENDAFTARAN TINGKATAN 1 SESI 2015

DEWAN AL-FALAH, 11 JANUARI 2015 - Sesi Pendaftaran Tingkatan 1 Sesi 2015, dimulakan dengan ucapan aluan pengacara majlis dan bacaan doa oleh Ustaz Sovri bin Ismail. Tuan Haji Halele bin Ulul Azmi, GPK HEM memulakan dengan penerangan ringkas berkaitan peratuaran sekolah dari pakaian dan lalulintas sehala di SMART. Majlis diteruskan dengan taklimat ringkas oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMK Abdul Rahman Talib kepada pelajar dan ibu bapa. Majlis diakhiri dengan bacaan ikrar pelajar dan ikrar ibu bapa oleh wakil pelajar dan ibu bapa serta sesi pendaftaran pelajar di kelas-kelas bersama guru kelas.