Super User

Super User

Webmaster SMART

Wednesday, 25 March 2015 00:00

MTQ SEKOLAH-SEKOLAH KPM KELOMPOK ZON JAGUH

SMART, 25 MAC 2015 - Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Daerah Kuantan Kelompok Zon Jaguh Tahun 2015M/1436H telah berlangsung dengan jayanya di SBT SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan bertemakan "Al-Quran Nadi Transformasi Ummah". Turut hadir wakil PPD Kuantan, wakil Pengetua SABS dan Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMART. Keputusan pertandingan MTQ 2015 bahagian Tilawah Al-Quran (Lelaki); Johan - SMK Cenderwasih, N. Johan - SMART, dan Ketiga - SMK Sungai Soi. Tilawah Al-Quran (Perempuan); Johan - SABS, N. Johan - SMK Sungai Soi, dan Ketiga - SMK (P) Methodist. Hafazan Al-Quran (Lelaki); Johan - SMART, N. Johan - SABS, dan Ketiga - SMK Sungai Soi. Hafazan Al-Quran (Perempuan); Johan - SMK Air Putih, N. Johan - SMART, dan Ketiga - SMK Cenderwasih. Syarahan Agama (Lelaki); Johan - SMART, N. Johan - SMK Tanjung Lumpur, dan Ketiga - SMK St. Thomas. Syarahan Agama (Perempuan); Johan - SMK Sungai Soi, N. Johan - SABS, dan Ketiga - SMART. Majlis penutup disempurnakan oleh wakil Tuan PPD Kuantan.

SMKA NAIM LILBANAT, 8 MAC 2015 - Rombongan seramai 11 orang guru yang diketuai oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMK Abdul Rahman Talib telah membuat lawatan balas serta Lawatan Penanda Aras Ke SMKA Naim Lilbanat, Kota Bahru, Kelantan. Lawatan ini untuk mendapatkan input baru dan perkongsian pintar serta tunjuk ajar daripada pihak SMKA Naim Lilbanat yang telah dinobatkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) sejak tahun 2011 lagi.

Tuesday, 03 March 2015 14:33

SPM 2014 TERBAIK

DEWAN AL-FALAH SMART, 3 MAC 2015 - Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2014 telah diumumkan oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMK Abdul Rahman Talib di Dewan Al-Falah secara rasmi. SMART antara 10 sekolah terbaik dengan keputusan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.14 dalam Daerah Kuantan.

Monday, 02 March 2015 16:33

KEPUTUSAN STPM 2014 TERBAIK

DEWAN AL-FALAH, 02 MAC 2015 - Majlis Penyampaian Keputusan STPM 2014 telah disampaikan oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMK Abdul Rahman Talib (SMART) kepada pelajar-pelajar cemerlang. Antara pelajar cemerlang yang mendapat 4A Liong Yu Ling, Chen Hui Bing dan Ong Li Chean daripada kelas sains. Terbaik Gred Purata Sekolah (GPS) 2.84 pada tahun ini berbanding tahun 2013 hanya 2.76 dan peratus lulus 97.37 meningkat sedikit berbanding tahun 2013 sebanyak 97.30 peratus. Majlis diadakan secara ringkas bersama guru-guru tingkatan enam serta pelajar tingkatan enam sesi 2015 dan 2014.

Tuesday, 24 February 2015 13:41

LATIHAN KEBAKARAN SMART 2015

SMART, 24 FEBRUARI 2015 - Sesi Latihan Kecemasan dan Kebakaran 'Fire Drill' telah diadakan di padang SMK Abdul Rahman Talib (SMART), bermula jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi yang melibatkan semua warga SMART bersama pasukan bomba dari Balai Bomba Bukit Ubi, Kuantan dengan kekuatan sebuah trak bomba bersama sembilan anggota bomba.

Tuesday, 17 February 2015 13:10

SALAM UKUWAH TAHUN BARU CINA

17 FEBRUARI 2015 - Dataran Tan Sri Abd Ghafar Mahmud SMK Abdul Rahman Talib, majlis ringkas salam ukuwah sempena Tahun Baru Cina 2015 telah diadakan secara ringkas dan menjadi tradisi SMART bagi setiap perayaan besar yang disambut di Malaysia. Budaya dan amalan baik ini dapat diteruskan setiap tahun.

Monday, 16 February 2015 18:12

LAWATAN PENANDA ARAS SEMSAS

SMART, 16 FEBRUARI 2015 - Lawatan Penanda Aras Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS), Kuantan yang diketuai oleh Tuan Haji Abdul Rahim bin Yunus, Pengetua SEMSAS bersama 32 guru dan staf. Sesi taklimat ringkas oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMK Abdul Rahman Talib (SMART) dan diteruskan oleh Encik Ahmad Zamri bin Md Isa, GPK Pentadbiran SMART, dan diakahiri dengan ucapan balas oleh Tuan Haji Abdul Rahim bin Yunus serta penyampaian cenderamata daripada pihak SMART dan SEMSAS.

Sunday, 01 February 2015 12:27

CEMERLANG KERJAYA ATITITUD POSITIF

BTPN PAHANG, 31 JANUARI 2015 - Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Guru-Guru SMK Abdul Rahman Talib (SMART) Sesi 2/2015 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan BTPN Pahang yang dihadiri oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMART, barisan Guru Penolong Kanan, barisan Ketua Bidang dan guru-guru SMART. Tajuk Cemerlang Kerjaya Atititud Positif (C.E.K.A.P 15), yang terdiri daripada 6 sub topik iaitu SMARTLIFE-Iventori Doket : 1 - Kerjaya, 2 -  Keluarga, 3 - Sosial, 4 - Disiplin, 5 - Spiritual dan 6 - Minda telah disampaikan oleh Dr. Mohd Hairi bin Abdullah Hashim daripada AG Aspiration.

Saturday, 17 January 2015 12:10

LADAP FROG VLE SMART 2015

DEWAN AL-FALAH SMART, 17 JANUARI 2015 - Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Frog VLE SMART 2015 telah berjaya diadakan di Dewan Al-Falah SMART dengan dihadiri oleh semua guru SMART dan turut hadir Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMART serta barisan Guru Penolong Kanan. Fasilitor jemputan khas daripada pihak Frog Asia telah diundang untuk menyampaikan penerangan kepada semua guru SMART dan diakhiri dengan perkongsian oleh Encik Ramly bin Mat Rani, Guru Penyelaras Bestari SMART atas perkongsian Google Drive serta perkongsian oleh Datin Salmiah atas penggunaan aplikasi Prezi yang amat memudahkan berbanding Power Point.

Friday, 16 January 2015 15:08

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436H

DATARAN TAN SRI ABDUL GHAFAR, 16 JANUARI 2015 - Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1436H telah disambut secara sederhana dengan penyampaian ceramah oleh Ustaz Ismail bin Nihat, bekas mantan guru SMART. Majlis dihadiri oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMART, barisan pengurusan SMART, guru-guru dan pelajar SMART. Program ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Bina Insan SMART.