Super User

Super User

Webmaster SMART

Wednesday, 06 April 2016 11:40

PELANCARAN KEM MEMBACA 1MALAYSIA

SMART, 05 APRIL 2016 - Majlis Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia peringkat sekolah telah dirasmikan oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMK Abdul Rahman Talib (SMART). Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk sesi kuiz dan penyampaian sijil kepada pelajar dan guru serta aktiviti membaca secara beramai-ramai di dataran perhimpunan.

DEWAN AL-FALAH, 27 MAC 2016 (AHAD); Mesyuarat Agung PIBG SMK ABdul Rahman Talib Kali Ke-42 Tahun 2016 telah berjalan dengan jayanya seperti yang dirancang dengan kehadiran ibu bapa atau penjaga pelajar dan guru-guru SMART. Mesyuarat bermula jam 9.30 pagi sehingga jam 11.30 pagi untuk membincangkan hal-hal kecemerlangan pelajar dan pemilihan AJK PIBG SMART yang baru untuk sesi tahun 2016 hingga 2017.

Sunday, 27 March 2016 12:53

LAWATAN SMK TANJONG MAS KELANTAN

25 MAC 2016, SMART - Lawatan Penanda Aras Guru Dan Pelajar SMK Tanjong Mas, Kota Bahru, Kelantan pada hari Jumaat yang diketuai oleh En. Sarudin bin Ismail, GPK Pentadbiran bersama guru-guru serta pelajar seramai 35 orang pelajar. Sesi taklimat ringkas disampaikan oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMART. Sesi perbincangan dan lawatan ke bilik-bilik khas dipandu oleh Badan Perwakilan Pelajar SMART. Sesi lawatan bersurai sekitar jam 11.30 pagi.

Thursday, 03 March 2016 12:52

100% LULUS CEMERLANG SPM 2015

Dewan Al-Falah SMART, 3 Mac 2016 : Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015, telah diumumkan oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMK Abdul Rahman Talib (SMART) dengan pencapaian 100% lulus, seramai 37 orang pelajar mendapat semua A dengan pencapaian 2.41 Gred Purata Sekolah (GPS). SMART mengekalkan prestasinya dalam 10 sekolah terbaik di Daerah Kuantan. Tahniah kepada semua guru SMART dan PIBG SMART yang telah menyumbang kepada kejayaan cemerlang SMART.

Thursday, 03 March 2016 09:34

"SAYA BACA AL-QURAN DULU BARU BACA BUKU"

SMART Kuantan, 2 Mac 2016 - Membaca al-Quran setiap hari merupakan amalan rutin Ainul Sufina Norkasmadi, 20 yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2015 dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib (SMART) itu berkata, dia lebih dahulukan membaca al-Quran sebelum membaca buku ataupun mengulang kaji pelajaran.

“Bagi saya al-Quran adalah sumber motivasi. Apa sahaja yang kita mahu, sebenarnya terkandung dalam al-Quran .

“Membacanya al-Quran dengan terjemahan membuatkan kita faham setiap ayat yang dibaca. Semuanya adalah mengenai kehidupan dan kejayaan sebagai hamba ALLAH,”katanya yang mengambil jurusan kemanusiaan.

Sunday, 28 February 2016 09:21

KARNIVAL PENDIDIKAN SMART 2016

SMART, 26 - 27 Mac 2016 : Karnival Pendidikan & Malam Apresiasi Seni Budaya 2016 telah berlangsung dengan jayanya. Kernival ini merupakan program yang julung-julung kali diadakan di sekolah ini. Program ini mengabungkan empat mata pelajaran iaitu bidang Bahasa, Kemanusiaan, Sains dan Matematik dan Vokasional dan Teknologi serta menyuntik elemen seni dan budaya dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan karnival pada tahun ini sama ada secara langsung atau tidak.

Thursday, 25 February 2016 15:38

LAWATAN MOTIVASI SK BALOK BARU

SMART, Kuantan - 25/02/2016 - Lawatan Motivasi Pelajar SK Balok Baru, Kuantan seramai 60 orang pelajar bersama 6 orang guru pengiring ke SMK Abdul Rahman Talib (SMART) telah disambut oleh guru-guru SMART serta Badan Perwakilan Pelajar SMART. Mereka diberi penerangan dan motivasi oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMART bersama barisan pengurusan sekolah. Kemudian pelajar-pelajar dibawa melawat bilik-bilik khas dan Pusat Sumber SMART.

Tuesday, 23 February 2016 00:00

KURSUS HAJI 2016

Dataran Tan Sri Abdul Ghaffar, 20/02/2016 - Kursus Haji 2016 peringkat sekolah telah berlangsung dengan jayanya. Penyertaan semua pelajar Muslim Tingkatan 4 & Tingkatan 5, guru-guru dan staf-staf SMK Abdul Rahman Talib (SMART). Majlis bermula dari jam 8.30 pagi hingga jam 12.30 tengah hari. Ia dikendalikan oleh ustaz dari SMK Teluk Chempedak, Kuantan.

Thursday, 18 February 2016 11:37

KEMPEN CINTA MALAYSIA

Dataran Tan Sri Abdul Ghaffar, 18/02/2016 - Program Kempen Cinta Malaysia bersama Datuk Aznil Hj Nawawi anjuran SMK Abdul Rahman Talib (SMART), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASIL) dan Sarana Ibubapa telah berlangsung dengan jayanya di Dataran Tan Sri Abdul Ghafar. Turut hadir bersama Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi - Pengetua SMART, Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Cawangan Negeri Pahang dan barisan pentadbiran SMART bersama guru-guru SMART serta pelajar SMART.

Wednesday, 27 January 2016 09:42

MAJLIS PERASMIAN FROG CLASSROM

RUANG LEGAR FROG CLASSROM SMART, 26 JANUARI 2016 - Majlis Perasmian Frog Classroom SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan (SMART) telah berlangsung dengan sempurna di Ruang Legar Frog Classroom di Bangunan Tingkatan Satu. Majlis telah dihadiri oleh wakil Pengarah JPN Pahang, Puan Asiah binti Hamzah, Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPN Pahang, En Alex Au-Yong, Pengurus Program YTL Foundation, Wakil YTL Cement, Tuan Haji Mohamed Kamal Bin Hashim, Ketua Penolong Pengarah BTPN Pahang, En Abdul Rahim bin Mohd Yunus, Pegawai PPD Kuantan dan Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMK Abdul Rahman Talib, Wakil PIBG SMART bersama sekolah-sekolah jemputan terdekat SMK Sultan Abu Bakar, SK Galing, SK Assunta Convent Kuantan dan SMK Tok Sira.