Super User

Super User

Webmaster SMART

Thursday, 21 July 2016 18:47

MAJLIS JAMUAN RAYA SMART 2016

SMART, 20 JULAI 2016 - Majlis Jamuan Raya SMART 2016 telah diadakan dengan jayanya mengikut kelas dan tingkatan dengan pengawasan oleh guru-guru kelas.

Saturday, 02 July 2016 18:42

SALAM UKUWAH RAYA AIDILFITRI 1437H/2016M

SMART, 01 JULAI 2016 - Salam ukuwah sempena Hari Raya Aidilfitri 1437H telah diadakan di Dataran Tan Sri Abdul Ghafar SMK Abdul Rahman Talib di antara guru-guru dengan semua pelajar. Ia menjadi tradisi setiap tahun, bagi tujuan memupuk budaya hormat menghormati di antara satu sama lain walaupaun berbagai bangsa yang ada di sekolah ini dan amnya di Malaysia.

Saturday, 02 July 2016 18:13

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 1436H/2016M

SMART, 01 JULAI 2016 - Majlis Khatam Quran 1437H telah dengan jayanya di Dataran Tan Sri Abdul Ghafar (DTAG) SMART dengan dimulakan perarakan ringkas yang diketuai oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi - Pengetua SMK Abdul Rahman Talib dan guru-guru dengan diiringi paluan kompang SMART.

Saturday, 25 June 2016 18:05

MAJLIS TADARUS AL-QURAN SMART 2016

DTSAG SMART, 24/06/2016 - Majlis Tadarus Al-Quran peringkat sekolah telah berlangsung dengan jayanya di Dataran Tan Seri Abdul Ghafar yang disertai oleh guru-guru dan pelajar-pelajar SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan bagi menanam semangat cinta akan Al-Quran dan menjadikannya sebagai panduan hidup.

Tuesday, 17 May 2016 17:57

HARI GURU SMART 2016

Dataran Tan Seri Abdul Ghafar SMART, 16 Mei 2016 - "Guru Pembina Negara Bangsa", tema Sambutan Hari Guru 2016 yang disambut meriah oleh guru-guru SMK Abdul Rahman Talib (SMART) bersama pelajar-pelajar SMART, nyanyian lagu negaraku dan negeri Pahang, bacaan perutusan KPPM oleh Puan Azora binti Mohamed Jabar, GPK Pentadbiran dan ucapan Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMART. Acara diteruskan dengan persembahan pelajar dan guru serta sukanika.

Wednesday, 27 April 2016 10:00

LAWATAN SMK CHUKAI KEMAMAN TERENGGANU

SMART, 26 APRIL 2016 - Lawatan Penanda Aras oleh SMK Chukai, Kemaman Terengganu yang diketuai oleh Puan Hajah Roeaidah bt Mat Yusuff, Pengetua SMK Chukai bersama guru-guru ke SMK Abdul Rahman Talib. Sesi taklimat ringkas disampaikan oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua Cemerlang SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan. Sesi perbincangan bersama pengurusan SMART diketuai oleh Puan Azora binti Mohamed Jabar, GPK Pentadbiran SMART, sesi lawatan ke bilik-bilik khas dan diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.

Monday, 25 April 2016 09:54

MINGGU ANTI DADAH TAHUN 2016

SMART, 25 APRIL 2016 - Majlis Pelancaran Minggu Anti Dadah Tahun 2016 peringkat sekolah telah berjaya dilancarkan oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua Cemerlang SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan. Majlis dimulakan dengan membaca perutusan daripada Pengarah Jabatan Pendidikan Pahang oleh Tuan Haji Halele bin Ulul Azmi, GPK HEM SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan.

Tuesday, 19 April 2016 09:32

PELANCARAN GURU PENYAYANG 2016

SMART, 19 APRIL 2016 - Majlis Pelancaran Guru Penyayang & Program Mentor Mentee 2016 telah berlangsung dengan jayanya. Majlis dilancarkan dan diresmikan oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua Cemerlang SMK Abdul Rahman Talib. 

Saturday, 09 April 2016 12:36

LADAP SMART 2016

SMART, 9 APRIL 2016 - Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan SMK Abdul Rahman Talib Tahun 2016 telah berlangsung dengan sempurna di Dewan Al-Falah SMART. Kursus dijayakan oleh En Amir Mohammad bin Abu Bakar, Pengetua SMK Seri Damai, Kuantan dan Pn Hazlina binti Mohamad Sood, Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Akademik JPN Pahang. Turut bersama Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMART dan juga En Ahmad Zamri bin Isa, Pengetua SMK Chini Timur, Pekan.

Wednesday, 13 April 2016 10:59

SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH 2016

SMART, 13 APRIL 2016 - Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2016, Koperasi SMK Abdul Rahman Talib Kuantan Berhad telah berlangsung dengan jayanya. Pemeriksaan perbarisan telah disempurnakan oleh En Badli bin Hamsan, Pengarah Perniagaan Negeri, BSN Pahang dengan diiringi oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMK Abdul Rahman Talib. Taklimat ringkas berkenaan koperasi sekolah sebagai Ejen Bank BSN Berdaftar oleh wakil BSN Kuantan. Majlis diakhiri dengan ucapan oleh Pengarah Perniagaan Negeri, BSN Pahang (beliau juga bekas pelajar SMART) dan merasmikan Sambutan Hari Koperasi Sekolah dan Pelancaran Ejen Bank BSN.