Super User

Super User

Webmaster SMART

Saturday, 29 June 2013 00:00

ANUGERAH SMART GEMILANG 2013

AUDITORIUM DARUL MAKMUR, KUANTAN - 29 JUN : Majlis Anugerah SMART Gemilang 2013 telah berlangsung dengan gilang gemilang di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan dengan kerjasama Yayasan Pahang bermula jam 8.30 pagi. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato' Sri Abdul Ghafar bin Mahmud, PSM., DIMP., AAP., Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.

DEWAN AL-FALAH SMART, 20 JUN - SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan telah menjadi tuan rumah kepada pertandingan 2013 NATIONAL SCIENCE CHALLENGE STATE LEVEL yang berlangsung di Dewan Al-Falah SMK Abdul Rahman Talib (SMART) dari jam 2.00 petang hingga jam 4.00 petang. Sebanyak lima pasukan yang bertanding terdiri daripada pasukan SMK Sultan Abu Bakar, pasukan SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, pasukan SMK Abdul Rahman Talib, pasukan SMK Tok Sera dan pasukan SPBI Tun Abdul Razak. Setiap pasukan terdiri daripada tiga orang peserta bagi setiap sekolah dan pertandingan ini bagi mencari wakil negeri Pahang untuk bertanding ke peringkat kebangsaan.

DATARAN MINDA, 19 JUN - Pelancaran Kempen Amalan Budaya Memberi Salam dan Hormat Menghormati Peringkat Sekolah telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi besama barisan pengurusan sekolah, guru-guru serta pelajar-pelajar SMART. Program ini diilhamkan oleh pengetua SMK Abdul Rahman Talib (SMART), sebagai satu usaha untuk menerapkan nilai-nilai murni dan menambah eratkan hubungan perpaduan bagi melahirkan insan cemerlang dan terbilang.

PADANG SMART, 15 JUN - Kejohanan Sukan Tahunan SMART Kali Ke-46 telah berlansung daripada 12, 14 dan 15 Jun 2013 yang berlangsung di Padang SMART. Acara kemuncak pada hari Sabtu (15 Jun 2013) telah disempurnakan oleh YDP PIBG SMART, Y.H. Dato' Che Wan Mohd Khalid bin Che Wan Mohammad dengan dimulakan acara perbarisan kotijen-kontijen primer dan unit-unit beruniform. Pertandingan yang dimulakan awal pada 12 Jun seperti Rejam Lembing, Lontar Peluru, Lompat Jauh, Tarik Tali dan Lari Lipan.

DATARAN MINDA - 14 JUN: Sambutan peristiwa luar biasa Israk dan Mikraj Rasulluah s.a.w. yang berlaku pada malam ketika itu benar-benar menjadi ujian kepada kaumnya yang telah disampaikan oleh Ustaz Ramli Hassan dari SMK Al-Ihsan, Kuantan. Majlis turut hadir Tuan Pengetua SMART, Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi dan semua guru-guru SMART serta pelajar SMART. Dalam peristiwa tersebut, para sahabat menerimanya dengan penuh keimanan sebagai satu mukjizat pada diri Rasulullah s.a.w.

Thursday, 16 May 2013 15:51

SAMBUTAN HARI GURU SMART 2013

SMART, 16 MEI: Sambutan hari guru dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil pelajar dan diteruskan dengan nyanyian lagu Guru Malaysia serta lagu khas buat pelajar SMART, Biar Ku Menjadi Lilin serta bacaan ikrar guru yang diketuai oleh Encik Mohd Nazri bin Abd Rahman. Acara diteruskan dengan bacaan perutusan ucapan Menteri Pelajaran Malaysia yang disampaikan oleh Encik Ahmad Zamri bin Md Isa, GPK Pentadbiran SMART mewakili Tuan Pengetua, Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi dan seterusnya penyampaian watikah khas oleh wakil pelajar kepada GPK Pentadbiran berkaitan tema hari guru tahun 2013, "Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda". Majlis diteruskan dengan memotong kek hari guru SMART oleh semua GPK bersama tetamu khas Ustaz Sazimi bin Nawi yang telah berpindah ke SMK Alor Akar.

JPAM NEGERI PAHANG, 29 - 30 APRIL: Pertandingan Hari Kecekapan Kadet Pertahanan Awam Daerah Kuantan 2013 telah berlangsung selama dua hari di Pejabat Pertahanan Awam Negeri Pahang, Jalan Beserah, Kuantan. Pertandingan di peringkat daerah yang melibatkan sekolah-sekolah menengah daerah Kuantan dengan penyertaan pelajar-pelajar Kadet Pertahanan Awam (KPA) sekolah lelaki dan perempuan.

DEWAN AL-FALAH, 8 - 13 MEI: Pelajar-pelajar Tingkatan 6 Rendah yang akan menyambung pembelajaran di SMK Abdul Rahman Talib (SMART), Kuantan perlu diberi pendedehan dengan maklumat-maklumat yang baru dari segi sistem persekolahan di SMART sehinggalah kepada sistem pengajaran di peringkat Tingkatan 6 Atas yang banyak perbezaannya semasa belajar di tingkatan 5 dahulu. Sehubungan itu, Program Orientasi Pelajar Tingkatan Enam Rendah ini amat perlu untuk membantu pelajar mengenali antara satu sama lain disamping memberikan pendedahan tentang sistem pembelajaran tingkatan enam.

Saturday, 11 May 2013 00:00

TRANSFORMASI SIKAP & HALATUJU KERJAYA

DEWAN UTAMA KIPSAS, KUANTAN - 11 MEI: Program Transformasi Kerjaya telah berlangsung di Kolej Islam Pahang Sultan Haji Ahmad Shah (KIPSAS), Kuantan anjuran bersama Yayasan Pelajaran MARA dengan kerjasama PPD Kuantan, KIPSAS, Felda Wilayah Kuantan dan Unit Bimbingan & Kaunseling. Peengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah komponen formal yang utama bagi memperkembangkan potensi pelajar di sekolah.

Friday, 10 May 2013 21:05

LADAP: SMART TEAM BUILDING 2013

BTPN PAHANG, 10 MEI: SMART Team Building 2013, anjuran Kelab Guru SMART telah diadakan di Dewan Seri Lipis untuk slot pertama yang disampaikan oleh Tuan Pengetua SMART, Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi  dan Datin Genga Devi a/p Rasiah. Sesi riadah diadakan di tepi pantai berhadapan BTPN Pahang yang dikendalikan oleh En. Mohamad Azlan bin Abdul Mubin bersama krewnya telah disertai oleh semua guru, tuan pengetua dan guru pelatih yang sedang menjalani latihan praktikum di SMART. Aktiviti ini bertujuan untuk membentuk semangat kerja berpasukan dalam mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan oleh semua guru di abad ke dua puluh satu bagi membentuk generasi pemimpin-pemimpin baharu negara terutamanya di SMART.