Super User

Super User

Webmaster SMART

Saturday, 14 January 2017 14:22

LADAP 1 SMART TAHUN 2017

DEWAN AL-FALAH, 14 JANUARI 2017 - Latihan Dalam Perhhidmatan (LADAP) Bil 1 Tahun 2017 telah berlangsung dengan cemerlang di Dewan Al-Falah SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan dengan bimbingan En. Akhiruddeen Awang (SISC + Bahasa Melayu) dan Pn. Roa'ani Mohamed (SISC + Bahasa Melayu) daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan. Turut hadir bersama Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMK Abdul Rahman Talib. Majlis bermula dari jam 7.45 pagi hingga 1.00 petang dengan dimulai taklimat ringkas daripada MAKSAK dan diteruskan oleh slot 1 dan slot 2 LAPAD oleh pegawai-pegawai daripada PPD Kuantan. Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan oleh Tuan Pengetua kepada kedua-dua fasilator berkaitan.

Tuesday, 03 January 2017 10:35

PENDAFTARAN TINGKATAN 1 TAHUN 2017

SMART, 02 JANUARI 2017 - Sesi Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Tahun 2017 telah berlangsung dengan sempurna bermula jam 8.30 pagi. Sesi taklimat ringkas telah disampaikan oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMK Abdul Rahman Talib (SMART) kepada ibu bapa dan penjaga di Dataran Tan Seri Abdul Ghafar. 

Sunday, 20 November 2016 12:36

KARNIVAL STEM & SMART NIAGA 2016

SMART, 19 NOVEMBER 2016 - Karnival STEM 2016 Peringkat Kebangsaan dan SMART Niaga 2016 telah berlangsung dengan jayanya, yang disertai oleh sekolah-sekolah dari negeri Pahang, Terengganu, Johor dan Selangor. Majlis Perasmian Penutut telah disempurnakan oleh wakil daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.

Saturday, 12 November 2016 12:14

JAMUAN AKHIR TAHUN 2016 KELAB STAF SMART

HOTEL THE ZENITH, KUANTAN - 11 NOVEMBER 2016. Majlis Jamuan Akhir Tahun 2016 Kelab Staf SMK Abdul Rahman Talib telah diadakan di Hotel The Zenith, Kuantan. Majlis dihadiri oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, wakil PIBG SMART, dan rakan-rakan guru serta staf SMART. Majlis dimeriahkan dengan penyampaian pelbagai hadiah serta anugerah kepada semua warga Kelab Staf SMART 2016.

Friday, 11 November 2016 11:55

PENGURUSAN JENAZAH TINGKATAN 3/2016

SURAU SMART, 10 NOVEMBER 2016 - Kursus Pengurusan Jenazah telah berlangsung dengan sempurna bersama penceramah jemputan daripada HTAA Kuantan.

Wednesday, 26 October 2016 14:56

MAJLIS RESTU ILMU PELAJAR SPM & STPM 2016

DEWAN AL-FALAH SMART, 26 OKTOBER 2016 - Majlis Restu Ilmu Pelajar SPM & STPM 2016 telah berlangsung dengan sempurna dengan kehadiran Tuan Timbalan PPD Kuantan bersama Tuan Pengetua, barisan pentadbiran SMK Abdul Rahman Talib dalam majlis tersebut. Majlis ini telah menjadi amalan setiap tahun sebagai persiapan terakhir sebelum pelajar-pelajar menghadapi peperiksaan sebenar. Semoga segala usaha guru-guru dan pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan dipermudahkan oleh Allah s.w.t.

Wednesday, 26 October 2016 10:13

PROGRAM INOVASI ROBOTIK DENGAN KERJASAMA UMP

DEWAN ASPURI SMART, 26 OKTOBER 2016 - Program Inovasi Robotik dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah berlangsug bersama pelajar tingkatan 3 untuk program selepas peperiksaan PT3.

Saturday, 08 October 2016 12:35

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SMART 2016

SMART, 08 OKTOBER 2016 SABTU - Aktiviti Hari Sukan Negara Peringkat SMART 2016 telah berlangsung dengan jaya dengan dimulakan acara taklimat ringkas oleh AJK Hari Sukan Negara SMART dan diteruskan dengan senamrobik yang dipimpin oleh Cikgu Mohamad Azlan Mubin. Seterusnya pelepasan oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi bagi acara Explorace menelurusi tepian Sungai Galing Kuantan dan kembali semula ke SMART dalam jarak 2.7 km. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemeneng dalam acara explorace oleh Tuan Pengetua.

Wednesday, 05 October 2016 10:28

MAJLIS RESTU ILMU PT3 2016

DEWAN AL-FALAH, 05 OKTOBER 2016 - Majlis Restu Ilmu PT3 telah diadakan di Dewan Al-Falah SMK Abdul Rahman Talib yang melibatkan semua pelajar tingkatan 3 bersama guru-guru mata pelajaran tingkatan 3 dan turut bersama Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi serta barisan pengurusan SMART.

Wednesday, 05 October 2016 10:12

SOLAT HAJAT PERDANA PT3/SPM/STPM 2016

SMART, 29 SEPTEMBER 2016 - Majlis Solat Hajat Perdana PT3 / SPM / STPM 2016 SMK Abdul Rahman Talib telah berlangsung dengan sempurna. Majlis dihadiri oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Ibu Bapa / Penjaga, guru-guru serta pelajar-pelajar yang terlibat.