Friday, 02 August 2013 14:36

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 1434H

Written by 
Rate this item
(0 votes)

DEWAN AL-FALAH SMART, 2 OGOS 2013 - Majlis Khatam Al-Quran SMK Abdul Rahman Talib (SMART) telah diadakan dengan jayanya. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Tuan Pengetua SMART, Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi bersama guru-guru penolong kanan SMART serta guru-guru SMART. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Zaki dan diteruskan dengan persembahan nasyid oleh Kumpulan Mujahideen SMART. Bacaan Al-Quran taranum oleh Ustaz Mohd Khalil bin Mohd Zari, Imam Besar Masjid Negeri Pahang dan seterusnya ustaz memimpin bacaan khatam Al-Quran bersama pelajar lelaki dan perempuan serta diakhiri dengan bacaan doa khatam Al-Quran.

 

Majlis seperti ini perlu diteruskan dan dihayati serta dipenuhi dengan pelbagai amalan wajib dan sunat terutamanya di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Dengan cara ini juga dapat menghidupkan kembali tuntutan Islam dalam penghayatan Al-Quran, memperkukuhkan iltizam di dalam diri  untuk menghayatai, memahami dan memperbanyakkan bacaan Al-Quran. Menjadikan Al-Quran sebagai satu cara hidup serta menyuburkan budaya membaca Al-Quran selaras dengan saranan Rasulullah s.a.w.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada peserta Khatam Al-Quran oleh Tuan Pengetua dan penyammpaian cenderamata kepada Ustaz Mohd Khalil bin Mohd Zari, Imam Besar Masjid Negeri Pahang, Ustaz Sy. Abdul Rahman bin Sy. Mashur, guru Al-Quran Aspura dan Ustazah Rosmaniza bt Kamarol Zaman, guru Al-Quran Aspuri. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini, semoga mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. Insya-Allah.

 

DSC01123.JPGDSC01127.JPGDSC01129.JPGDSC01130.JPGDSC01133.JPGDSC01134.JPGDSC01136.JPGDSC01143.JPGDSC01144.JPGDSC01145.JPGDSC01149.JPGDSC01150.JPGDSC01153.JPGDSC01155.JPGDSC01158.JPGDSC01161.JPGDSC01162.JPGDSC01170.JPGDSC01181.JPGDSC01184.JPGDSC01185.JPGDSC01188.JPGDSC01201.JPGDSC01202.JPGDSC01207.JPGDSC01208.JPGDSC01211.JPGDSC01212.JPGDSC01225.JPGDSC01230.JPGDSC01231.JPGDSC01243.JPG

 

 

Read 573 times Last modified on Friday, 02 August 2013 19:57
Super User

Webmaster SMART