Monday, 08 July 2013 00:00

SAMBUTAN HARI KOPERASI SMART 2013

Written by 
Rate this item
(0 votes)

DATARAN MINDA SMART, 8 JULAI 2013. Koperasi SMK Abdul Rahman Talib Kuantan Berhad telah diadakan dengan jayanya yang dirasmikan oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMK Abdul Rahman Talib (SMART). Beliau mengajak warga SMART untuk sama-sama menyokong dan menjadikan koperasi sekolah sebagai satu medan untuk mengasah bakat dalam dunia perniagaan sebenar. Disamping itu juga beliau menyarankan kepada pihak pengurusan koperasi SMART untuk melihat kepada mana-mana koperasi sekolah lain yang telah berjaya dalam pengurusan koperasi sekolah mereka untuk dijadikan contoh dan amalan terbaik dalam pengurusan koperasi SMART.

 

Perayaan Hari Koperasi Sekolah (HKS) yang diperkenalkan oleh ANGKASA sejak tahun 1995 telah melalui pelbagai transformasi sesuai dengan keperluan dan kehendak warga koperasi sekolah selaku komuniti yang menyambutnya secara rasmi. Pada tahun ini merupakan tahun kelima HKS disambut diperingkat sekolah dengan pelbagai aktiviti berdasarkan garis panduan yang telah disediakan. Anugerah Koperasi Terbaik SMART telah dianugerahkan kepada Zamiera Izatul binti Zainuddin dan Jamilatul Izzati binti Jusoh. Tema HKS tahun 2013 "Bersatu Untuk Persekitaran Sejagat".

 

DSC00222.JPGDSC00224.JPGDSC00231.JPGDSC00240.JPGDSC00242.JPGDSC00245.JPGDSC00249.JPGDSC00253.JPGDSC00257.JPGDSC00259.JPGDSC00266.JPGDSC00286.JPGDSC00288.JPGDSC00290.JPGDSC00295.JPGDSC00299.JPGDSC00300.JPGDSC00303.JPGDSC00311.JPGDSC00312.JPG

 

 

 

Read 457 times Last modified on Tuesday, 09 July 2013 09:59
Super User

Webmaster SMART