Saturday, 29 June 2013 00:00

ANUGERAH SMART GEMILANG 2013

Written by 
Rate this item
(0 votes)

AUDITORIUM DARUL MAKMUR, KUANTAN - 29 JUN : Majlis Anugerah SMART Gemilang 2013 telah berlangsung dengan gilang gemilang di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan dengan kerjasama Yayasan Pahang bermula jam 8.30 pagi. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato' Sri Abdul Ghafar bin Mahmud, PSM., DIMP., AAP., Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

Majlis telah dimulakan dengan persembahan multimedia kepada para ibu bapa dan audian berkaitan kecemerlangan SMK Abdul Rahman Talib (SMART). Ketibaan YBhg. Tan Sri Dato' Sri Abdul Ghafar bin Mahmud, PSM., DIMP., AAP., Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia disambut oleh pegawai-pegawai daripada Jabatan Pendidikan Pahang, Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan, Tuan Pengetua SMART dan barisan pengurusan SMART di luar perkarangan Auditorium Darul Makmur dan seterusnya menerima tabik hormat serta membuat pemeriksaan barisan unit-unit badan beruniform SMART. 

 

Seterusnya majlis diteruskan dengan perarakan masuk ke auditorium dengan dimulai graduan-graduan PMR, SPM dan STPM SMART 2012 mengambil tempat masing-masing serta disusuli oleh perarakan graduan ahli akademik SMART yang telah menyumbang kepada kecemerlangan SMART pada tahun 2012. Perarakan masuk ke auditorium YBhg. Tan Sri Dato' Sri Abdul Ghafar bin Mahmud, PSM., DIMP., AAP., Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dengan diiringi oleh Pengetua SMART, Timbalan Pengarah Pendidikan Pahang, Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan, Timbalan Pengerusi Alumni SMART dan para jemputan khas dengan didahului oleh barisan pembawa cokmar SMART, lembing dan bunga tabak.

 

Nyanyian lagu kebangsaan dimulakan dan disusuli dengan bacaan doa sebagai pembuka Majlis Anugerah SMART Gemilang 2013. Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMART memulakan ucapan alu-aluan majlis dan diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YBhg. Tan Sri Dato' Sri Abdul Ghafar bin Mahmud, PSM., DIMP., AAP., Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) seterusnya KPPM mengumumkan pengisytiharan pembukaan Majlis Anugerah SMART Gemilang 2013 dengan rasminya. majlis penyampaian  anugerah dimulai dengan penyampaian Anugerah PMR 2012 seramai 168 orang penerima, penyampaian Anugerah SPM 2012 seramai 78 orang penerima dan penyampaian Anugerah STPM 2012 seramai 14 orang penerima.

 

Penyampaian Anugerah Guru peningkatan peratus GPS dalam PMR seramai 13 orang, Anugerah 100% A PMR seramai 2 orang, peningkatan peratusan GPS dalam SPM seramai 16 orang, Anugerah 100% A SPM seorang dan Anugerah peningkatan peratusan NGMP dalam SPM seramai 7 orang. Anugerah Bintang Emas SPM 2012 diberikan kepada pelajar-pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam - UPSR, PMR dan SPM dan mencapai gred A dalam kokurikulum dan menunjukkan ciri-ciri holistik pelajar, seramai 24 orang penerima dan Anugerah Tokoh Abdul Rahman Talib telah dianugerahkan kepada Puteri Iman Fakira bt Ikhsan, Muhammad Hafizuddin bin Abu bakar, Emir Firdaus bin Emir Hisam dan Siti Rabiatul Ashikin bt Jamaludin.

 

Jawatankuasa Majlis Anugerah SMART Gemilang 2013 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri Dato' Sri Abdul Ghafar bin Mahmud, PSM., DIMP., AAP., Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Yayasan Pahang, RTM Pahang, PIBG SMART, para tetamu, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis tersebut.

 

 

 

DSC02821.JPGDSC02824.JPGDSC02826.JPGDSC02827.JPGDSC02831.JPGDSC02832.JPGDSC02841.JPGDSC02843.JPGDSC02845.JPGDSC02848.JPGDSC02856.JPGDSC02859.JPGDSC02910.JPGDSC02920.JPGDSC02937.JPGDSC02940.JPGDSC02948.JPGDSC02949.JPGDSC02955.JPGDSC02956.JPGDSC02984.JPGDSC02986.JPGDSC02989.JPGDSC03001.JPGDSC03003.JPGDSC03007.JPGDSC03010.JPGDSC03013.JPGDSC03015.JPGDSC03019.JPGDSC03020.JPGDSC03021.JPGDSC03023.JPGDSC03028.JPGDSC03031.JPGDSC03035.JPGDSC03047.JPGDSC03048.JPGDSC03052.JPGDSC03056.JPGDSC03057.JPGDSC03066.JPGDSC03078.JPGDSC03094.JPGDSC03443.JPGDSC03444.JPGDSC03711.JPGDSC03712.JPGDSC03715.JPGDSC03717.JPGDSC03719.JPGDSC03742.JPGDSC03743.JPGDSC03744.JPGDSC03749.JPGDSC03752.JPGDSC03753.JPGDSC03770.JPGIMG_0077.JPGIMG_0085.JPGIMG_0091.JPGIMG_0092.JPGIMG_0107.JPGIMG_0110.JPGIMG_0115.JPGIMG_0120.JPGIMG_0942.JPGIMG_0958.JPGIMG_0972.JPGIMG_0974.JPGIMG_0975.JPGIMG_0976.JPGIMG_0997.JPGIMG_1005.JPGIMG_1007.JPGIMG_1012.JPG

 

 

Read 818 times Last modified on Monday, 01 July 2013 11:09
Super User

Webmaster SMART