Friday, 14 June 2013 12:14

IKTIBAR ISRAK & MIKRAJ RASULULLAH S.A.W.

Written by 
Rate this item
(0 votes)

DATARAN MINDA - 14 JUN: Sambutan peristiwa luar biasa Israk dan Mikraj Rasulluah s.a.w. yang berlaku pada malam ketika itu benar-benar menjadi ujian kepada kaumnya yang telah disampaikan oleh Ustaz Ramli Hassan dari SMK Al-Ihsan, Kuantan. Majlis turut hadir Tuan Pengetua SMART, Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi dan semua guru-guru SMART serta pelajar SMART. Dalam peristiwa tersebut, para sahabat menerimanya dengan penuh keimanan sebagai satu mukjizat pada diri Rasulullah s.a.w.

 

Peristiwa Israk dan Mikraj adalah bukti kekuasaan Allah yang Maha Agung untuk menguatkan lagi keimanan orang-orang yang beriman denganNya, dan betapa solat itu merupakan perintah Allah yang paling utama ke atas umatNya. Abdullah bin Umar r.a. meriwaratkan bahawa Rasullah s..a.w. semasa berbicara tentang solat,

 

Baginda bersabda "Pada hari Kiamat solat akan menjadi cahaya (nur) kepada orang yang sentiasa memeliharanya; menjadi penghujjah bagi pihaknya dan mmenjadi penyelamatnya. Dan sesiapa yang tidak memeliharanya maka tidaklah ada baginya cahaya, pembela dan penyelamat seksa, bahkan ia senasib dengan Firaun, Haman dan Ubai bin Halaf." Hadith riwayat Ahmad dan At Tabrani.

 

Solat juga menjadi amalan pertama yang akan dihisab oleh Allah di hari Akhirat kelak sebelum amalan-amalan lain.

 

 

DSC02240.JPGDSC02241.JPGDSC02245.JPGDSC02247.JPGDSC02248.JPGDSC02249.JPGDSC02251.JPGDSC02253.JPGDSC02255.JPGDSC02256.JPGDSC02258.JPGDSC02263.JPGDSC02266.JPG

 

 

Read 373 times Last modified on Monday, 17 June 2013 08:21
Super User

Webmaster SMART