Friday, 03 May 2013 10:34

KERJASAMA SMART DAN IBU BAPA TINGKATAN 3

Written by 
Rate this item
(0 votes)

AL-FALAH, SMART 3 MEI: Perkongsian bijak diantara pihak sekolah dengan ibu bapa atau penjaga bagi mempertingkatkan potensi pelajar SMART tingkatan tiga dalam semua sudut sama ada dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiah disambut baik oleh ibu bapa. Majlis Rundingcara Tingkatan Tiga diantara pihak sekolah dengan ibu bapa telah dimulakan dengan ucapan aluan dan harapan serta penyampaian maklumat-maklumat penting tentang potensi setiap pelajar tingkatan tiga telah disampaikan oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMART. Maklumat berkaitan bagi membantu ibu bapa membimbing anak-anak mereka untuk menghadapi peperiksaan yang akan datang terutamanya Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013.

Maklumat-maklumat penting yang diketengahkan oleh beliau dalam gerak kerja tersusun dan terancang bertujuan bagi melahirkan pelajar yang terbaik di SMART telah disambut baik oleh semua ibu bapa serta sokongan yang padu disamping kerjasama yang amat baik daripada guru-guru yang membantu serta membimbing pelajar-pelajar tingkatan tiga. Sesi rundingcara diantara ibu bapa atau penjaga dan pelajar bersama guru-guru kelas serta guru-guru mata pelajaran diadakan di Dewan Al-Falah dan Bilik TMK. 

 

 

 

dsc02747.jpgdsc02750.jpgdsc02762.jpgdsc02780.jpgdsc02783.jpgdsc02786.jpgdsc02790.jpgdsc02821.jpgdsc02841.jpgdsc02846.jpgdsc02855.jpgdsc02858.jpgdsc02867.jpgdsc02874.jpg

 

 

 

Read 342 times Last modified on Friday, 03 May 2013 15:47
Super User

Webmaster SMART