Friday, 19 April 2013 14:49

MAJLIS RUNDINGCARA TINGKATAN LIMA 2013

Written by 
Rate this item
(0 votes)


AL-FALAH, SMART - 19 APRIL:
Majlis rundingcara pelajar-pelajar tingkatan lima telah diadakan di Dewan Al-Falah dan Bilik Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) dari jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan serta penerangan oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMART. Beliau, memohon kerjasama yang baik ibu bapa atau penjaga dalam membantu anak-anak dan pihak sekolah dalam mempertingkatkan pencapaian keputusan akademik ketahap semua A bagi menjamin masa hadapan anak-anak yang lebih cemerlang serta memudahkan mereka untuk melangkah ke peringkat universiti sama ada dalam negara atau luar negara.

 

Permaufakatkan yang baik dan terancang diantara pihak sekolah dengan ibu bapa atau penjaga mencerminkan budaya cemerlang SMK Abdul Rahman Talib (SMART) dalam memacu kecemerlangan sama ada dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar-pelajar SMART. Sesi rundingcara diantara ibu bapa atau penjaga dan pelajar bersama guru-guru kelas serta guru-guru mata pelajaran diadakan di Dewan Al-Falah dan Bilik TMK.

 

dsc01166.jpgdsc01174.jpgdsc01177.jpgdsc01186.jpgdsc01189.jpgdsc01206.jpgdsc01220.jpgdsc01221.jpgdsc01225.jpgdsc01228.jpgdsc01238.jpgdsc01263.jpgdsc01267.jpgdsc01282.jpgdsc01284.jpgdsc01296.jpgdsc01299.jpgdsc01303.jpgdsc01304.jpgdsc01311.jpgdsc01313.jpgdsc01315.jpgdsc01319.jpgdsc01322.jpg

 

 

Read 384 times Last modified on Sunday, 28 April 2013 15:30
Super User

Webmaster SMART