Monday, 08 April 2013 00:00

PEMANTUN SMART NAIB JOHAN NEGERI

Written by 
Rate this item
(0 votes)

TEMERLOH 5 - 7 APRIL: Tahniah dan syabas kepada pasukan pemantun SMART yang telah dianugerahkan Naib Johan di Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri Pahang Tahun 2013 yang telah berlangsung di SMK Seri Tualang, Temerloh. Dalam pertandingan tersebut pemantun terbaik peringkat awal dan suku akhir berjaya disandang oleh Qurratul Aini Nabilah, manakala pemantun terbaik peringkat separuh akhir disandang oleh Siti Khadijah.

 

Kepada Tuhan tangan ditadah
Ucapan syukur atas rezekiNya
Dugaan menimpa tiada diendah
Terus kami melangkah hingga keakhirnya

 

Kali pertama dalam sejarah
Tertinta di SMART untuk dikenang
Diperingkat negeri idea dicurah
Berita gembira kami bawa pulang

 

Suka dan duka para pemantun
Berkerja keras tak kira masa
Pantun ditutur penuh dengan santun
Kepada SMART ingin kami berjasa

 

Akhirnya impian menjadi nyata
Ke peringkat akhir kami melangkah
Doa dari guru-guru yang kami pinta
Agar dilancarkan setiap madah

 

Kini Naib Johan dalam genggaman
Kali pertama tersurat takdirNya
Piala kami genggam dengan senyuman
Lantaran usaha berjaya akhirnya

 

Inilah usaha inilah bukti
Tiada yang mustahil untuk dilakukan
Diarena pantun menjadi saksi
Moga kecemerlangan terus dipertingkatkan

 

(Cikgu Hasnidar Muhammadon)

 

SMART menampilkan barisan pemantun terbaik sebagai suntikan semangat buat anak didik SMART semoga tunas-tunas baharu bercambah untuk mengikuti jejak langkah mereka dalam meraih kejayaan dan seterusnya membawa pasukan pemantun SMART ke peringkat yang lebih tinggi di masa akan datang.

 

 

img_3731.jpgimg_3737.jpgimg_3745.jpgimg_3800.jpgimg_3824.jpgimg_3927.jpgimg_3970.jpgimg_4002.jpgimg_4026.jpgimg_4047.jpgimg_4053.jpgimg_4057.jpg

 

 

Read 411 times Last modified on Thursday, 18 April 2013 16:35
Super User

Webmaster SMART