Friday, 12 April 2013 00:00

KADET BOMBA & PENYELAMAT SMART JUARA

Written by 
Rate this item
(0 votes)

PUSAT KO PANDAN - 8 - 11 APRIL: Pasukan Kadet Bomba Dan Penyelamat SMART telah mmenyertai Perkhemahan Kadet Bomba Dan Penyelamat Peringkat Daerah Kuantan di Pusat Ko-Kurikulum Pandan, Kuantan dengan keanggotaan seramai 32 orang pelajar dan 8 orang guru pengiring telah merangkul Johan Keseluruhan. Sebanyak 16 buah sekolah dari seluruh daerah Kuantan yang menyertai. Terdapat 5 acara yang dipertandingkan antaranya Tali dan ikatan, ASPEC challenge, Kawad operasi berhalangan, Brain & Brawn Challenge dan Kawad Kaki.

 

Pasukan Kadet Bomba Dan Penyelamat SMART telah memenangi 4 daripada 5 acara tersebut yang dipertandingkan dan keputusannya seperti berikut:-

i) Tali dan ikatan : Lelaki - Naib Johan dan Perempuan - Johan
ii) ASPEC challenge : Lelaki - Johan dan Perempuan - Johan
iii) Kawad operasi berhalangan : Lelaki - Johan dan Perempuan - Naib Johan
iv) Brain & Brawn Challenge : Perempuan : Johan

 

kbomba1.jpgkbomba2.jpgkbomba3.jpgkbomba4.jpgkbomba5.jpgkbomba6.jpgkbomba7.jpgkbomba8.jpgkbomba9.jpg

 

Disediakan oleh :
SYAHIRAH BINTI SAUDI
KETUA GURU PENASIHAT KADET BOMBA DAN PENYELAMAT
SMK ABDUL RAHMNAN TALIB, KUANTAN

 

Read 856 times
Super User

Webmaster SMART