Monday, 18 March 2013 21:59

PENGUMUMAN KEPUTUSAN STPM 2012

Written by 
Rate this item
(0 votes)

SMART, 18 MAC: Pengumuman keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2012 telah diumumkan oleh Tuan Pengetua SMK Abdul Rahman Talib, Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi di Dewan Al-Falah. Peratus kelulusan pada tahun 2012 sebanyak 96.58 peratus berbanding tahun 2011 96.87 peratus.
Namun begitu, tahun 2012 PNGK meningkat sebanyak 0.08 iaitu dari 2.38 pada tahun 2011 kepada 2.46 pada tahun 2012. Secara keseluruhan pelajar yang mendapat 4A pada tahun 2012 seramai 4 orang adalah kekal seperti tahun 2011.

 


Tahniah kepaada pelajar yang mendapat 4P bagi tahun 2012 dan berlaku peningkatan sebanyak 8.88 peratus iaitu seramai 84 orang berbanding 47 orang pada tahun 2011. Manakala pelajar yang mendapat 3P seramai 25 orang berbanding 19 orang pada tahun 2011. Bagi pelajar yang memperolehi 2P seramai 21 orang pada tahun ini berbanding tahun 2011 seramai 14 orang dan 1P seramai 11 orang berbanding 13 orang pada tahun sebelumnya.


Antara pelajar cemerlang dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia tahun 2012, 4A (Yau Ken Hui, Brenda Gan Yit Yee dan Chan Chee Yong), 3A1A- (Daphnee Soo Xian-Wen) 3A1B+ (Koi Chia Tung), 3A1B (Yeon Wei Ni), 2A1A-1B+ (Loh Jie Wen), 2A1A-1B (Zamirul Azri bin Jamil), 1A3A- (Ngoh Jess Lynin), 1A2A-1B- (Ong Cai Yin), 1A2A-1C+ (Cassandra Lee Chien Yue) dan 3A-1B ( Siti Khadijah binti Ab Manah). Penyampain sijil-sijil berkaitan telah disampaikan oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMK Abdul Rahman Talib dalam satu majlis yang ringkas dan penuh bermakna bagi semua pelajar STPM 2012. Tahniah dan syabas kepada anda yang telah mengukir kejayaan cemerlang di SMART.

 

dsc00003.jpgdsc00004.jpgdsc00006.jpgdsc00014.jpgdsc00031.jpgdsc00037.jpgdsc00048.jpgdsc00051.jpgdsc00056.jpgdsc00058.jpgdsc00065.jpgdsc00066.jpgdsc00068.jpgdsc00069.jpgdsc00076.jpgdsc00077.jpgdsc00079.jpgdsc00085.jpg

 

 

Read 565 times Last modified on Tuesday, 19 March 2013 07:04
Super User

Webmaster SMART