Tuesday, 05 March 2013 10:44

ANUGERAH PERAK & ANUGERAH PENINGKATAN KUALITI

Written by 
Rate this item
(0 votes)

1 - 5 MAC: Pasukan Wind Orchestra SMART pada tahun 2013 telah bertanding dalam Festival Wind Orchestra Sekolah Berasrama Penuh dan Kluster Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan 2013 di Dewan Universiti Utara Malaysia, Kedah Darul Aman. Pasukan ini terdiri daripada  42 orang ahli dan 3 orang guru pembimbing.

Pada tahun ini pasukan telah mendapat dua anugerah iaitu Anugerah Perak dan Anugerah Peningkatan Kualiti. Pasukan ini mendapat tempat ketiga dari 9 pasukan yang bertanding dalam division dua dan juga merupakan pasukan yang terbaik dari negeri Pahang. Dua buah lagu yang dipersembahkan dalam festival itu iaitu lagu Hakikat Sebuah Cinta dan The Last to Defend. Tahniah diucapkan kepada semua ahli Wind Orchestra  SMART dan guru pembimbing  tahun 2013 atas penigkatan kualiti persembahan yang cemerlang. Semoga pada tahun hadapan pasukan ini akan mendapat Anugerah Emas untuk tahun 2014 dan seterusnya.

 

dscn6688.jpgdscn6692.jpgdscn6695.jpgdscn6696.jpgdscn6699.jpgdscn6700.jpgdscn6708.jpgdscn6711.jpgdscn6714.jpgdscn6717.jpgdscn6719.jpgdscn6723.jpgdscn6726.jpgdscn6729.jpgdscn6730.jpgdscn6731.jpgdscn6732.jpgdscn6739.jpg

 

Laporan oleh: Razali bin Md. Amin

 

 

Read 337 times Last modified on Friday, 08 March 2013 10:57
Super User

Webmaster SMART