Friday, 08 March 2013 09:57

PENANTIAN BEBERAPA TAHUN KINI TERHASIL

Written by 
Rate this item
(0 votes)

5 - 8 MAC: Penantian beberapa tahun kini terhasil apabila pasukan bola sepak SMART kembali menjuarai Kejohanan Bola Sepak MSSD di peringkat Zon Jaguh yang telah berlangsung pada 5 hingga 8 Mac 2013. Pasukan SMART telah menghantar wakil bagi kategori bawah 15 dan 18 tahun. Kekecewaan pasukan bawah 18 tahun yang gagal mara ke peringkat separuh akhir walaupun mereka telah bermain dengan cukup baik terubat apabila adik-adik mereka menjuarai kejohanan ini. Melalui laluan yang agak sukar di peringkat kumpulan membuatkan para pemain bawah 15 tahun ini bertekad untuk membuktikan sesuatu setelah layak ke separuh akhir.

Usaha mereka berjaya membuahkan hasil apabila memenangi perlawanan separuh akhir walaupun bertemu dengan pasukan tuan rumah SMK Cederawasih. Para pemain telah bermain bersungguh-sunguh berbekal semangat juang yang tinggi untuk mengalahkan musuh tradisi SMART di arena bola sepak SABS. Pemain gantian Mohd Darwish meledak gol pada minit ke-3 masa tambahan untuk membenam SABS 1-0. Keputusan kekal hingga ke tiupan wisel penamat. Pengurus pasukan SMART, En Sovri bin Ismail berkata, para pemain telah membuktikan mereka merupakan jaguh di Zon Jaguh ini dan beliau mengharapkan pasukan ini akan terus membanggakan SMART di peringkat daerah nanti. Pasukan SMART akan mewakili Zon Jaguh di kejohanan peringkat daerah beserta dua lagi pasukan di tempat ke-2 dan ke-3. Tahniah untuk semua pemain bawah 15 tahun.

 

 

20130306_132141_hdr.jpg20130307_120431.jpg20130307_122703_hdr.jpg20130307_122906_hdr.jpg

 

Laporan oleh: Muhamad Azlan bin Abdul Mubin

 

 

 

Read 640 times Last modified on Friday, 08 March 2013 10:13
Super User

Webmaster SMART