Tuesday, 05 March 2013 16:01

TAHNIAH PEMANTUN SMART

Written by 
Rate this item
(0 votes)

DEWAN AL-FALAH SMART - 5 MAC: SMART (SMK Abdul Rahman Talib) telah menjadi tuan rumah Pesta Pantun Tertutup Sekolah Menengah Daerah Kuantan yang telah berlangsung di Dewan Al-Falah. Pantun merupakan puisi Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Dalam usaha untuk mewarisi puisi tradisional ini dihayati oleh generasi muda, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan pertandingan berbalas pantun antara Sekolah Menengah Malaysia mulai tahun 1989 yang dikenali sebagai Pesta Pantun Sekolah-sekolah Menengah Malaysia. Dua piala yang menjadi rebutan ialah Piala Sirih Pulang Ke Gagang sumbangan Berita Harian dan Piala Keterampilan sumbangan Petronas. Pertandingan ini dianjurkan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia.

 

Dengan pertandingan yang diadakan  di Peringkat Daerah Kuantan ini dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar melalui pertandingan pantun selaras dengan konsep "Perpaduan Melalui Kokurikulum", mengekalkan dan mengabungkan pantun serta seni berpantun sebagai khazanah puisi Melayu tradisional dan warisan bangsa, pelajar dapat menggunakan daya fikir dalam berpantun dengan cepat dan tepat serta kritis dan kreatif, pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran berbahasa dalam menjual dan menjawab pantun serta pelajar dapat membina keyakinan diri dan sedia bersaing secara sihat dalam pertandingan.

Pertandingan kali ini dijuarai oleh SMART yang akan mewakili Daerah Kuantan ke peringkat negeri, tempat kedua dimenangi oleh SMK Pandan dan tempat ketiga jatuh kepada SMK Tok Sera. Tahniah dan syabas kepada para pemantun, PPD Kuantan, juri hakim, guru-guru penasihat dan AJK Pertandingan yang telah menjayakan pesta pantun pada tahun ini.

 

dsc00555.jpgdsc00561.jpgdsc00566.jpgdsc00574.jpgdsc00577.jpgdsc00585.jpgdsc00587.jpgdsc00588.jpgdsc00590.jpgdsc00606.jpgdsc00635.jpgdsc00677.jpgdsc00679.jpgdsc00680.jpgdsc00694.jpgdsc00698.jpgdsc00708.jpgdsc00709.jpgdsc00715.jpgdsc00722.jpgdsc00730.jpgdsc00734.jpgdsc00736.jpgdsc00739.jpgdsc00742.jpgdsc00745.jpgdsc00748.jpgdsc00750.jpgdsc00755.jpgdsc00757.jpg

 

 

 

 

Read 566 times Last modified on Sunday, 10 March 2013 10:05
Super User

Webmaster SMART