Thursday, 17 January 2013 13:40

BANTUAN PERSEKOLAHAN RM100

Written by 
Rate this item
(1 Vote)

SMART 17 JAN: Majlis penyampaian bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar SMK Abdul Rahman Talib (SMART) telah diadakan di Dewan Al-Falah bermula jam 12.30 tengah hari dengan sesi pendaftaran oleh ibu bapa/penjaga dan pelajar. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Sovri bin Ismail, ucapan aluan serta penjelasan berkaitan bantuan persekolahan RM100 oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMART serta ucapan ringkas oleh YDP PIBG SMART, YH. Dato' Hj. Che Wan Mohd Khalid bin Mohammad. 

Pihak sekolah serta PIBG SMART mengharapkan bantuan ini dapat dimanafaatkan untuk kemajuan pelajaran anak-anak supaya dapat mengekalkan prestasi kecemerlangan sekolah pada tahun ini dalam semua peperiksaan awam. Majlis diakhiri dengan penyampaian bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar tingkatan 5 oleh YH. Dato' Hj. Che Wan Mohd Khalid bin Mohammad dan pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4 bantuan disampaikan di kelas masing-masing oleh guru kelas.

 

dsc09801.jpgdsc09810.jpgdsc09813.jpgdsc09816.jpgdsc09817.jpgdsc09822.jpgdsc09823.jpgdsc09824.jpgdsc09833.jpgdsc09834.jpgdsc09839.jpgdsc09848.jpgdsc09849.jpgdsc09850.jpgdsc09857.jpgdsc09862.jpgdsc09865.jpgdsc09866.jpgdsc09887.jpgdsc09889.jpgdsc09893.jpgdsc09894.jpgdsc09898.jpgdsc09908.jpg

 

 

Read 556 times Last modified on Sunday, 20 January 2013 10:35
Super User

Webmaster SMART