Tuesday, 01 January 2013 12:16

PENDAFTARAN TINGKATAN 1 SESI 2013

Written by 
Rate this item
(2 votes)

DEWAN AL-FALAH SMART 01 JAN: Selamat datang dan tahniah serta syabas kepada pelajar tingkatan 1 sesi 2013 diatas kejayaan anda mendapat tempat di SMK Abdul Rahman Talib (SMART). Warga SMART, mengalu-alukan kedatangan anda semua semoga kehadiran anda semua dapat mengharumkan nama SMART di persada kecemerlangan pendidikan SMART sepanjang zaman.

 

Sesi pendaftaran kehadiran pelajar dan ibu bapa/penjaga bermula seawal jam 8.30 pagi di Dewan Al-Falah, sesi taklimat ringkas bermula jam 9.00 pagi dimulakan ucapan aluan oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMART, taklimat kurikulum oleh Encik Ahmad Zamri bin Md Isa, GPK Pentadbiran, taklimat hal ehwal murid oleh Encik Halele bin Ulul Azmi, GPK HEM dan taklimat asrama oleh Encik Muhammad Azlan bin Abdul Mubin, Ketua Warden Asrama SMART. Selesai sesi taklimat di dewan, pelajar tingkatan 1 bersama ibu bapa/penjaga bergerak ke kelas-kelas tingkatan 1 untuk sesi pendaftaran yang diuruskan oleh guru-guru kelas tingkatan 1 serta dibantu oleh guru-guru kelas tingkatan 2. Pendaftaran asrama bermula jam 3.00 petang di Dewan ASPURI SMART. 

Terima kasih dan syabas kepada semua pelajar, ibu bapa/penjaga serta Ahli Jawatankuasa Pendaftaran 2013 yang terlibat secara lansung dan tidak langsung atas kejayaan Program Pendaftaran Tingkatan 1 Sesi 2013.

 

 

dsc08798.jpgdsc08803.jpgdsc08805.jpgdsc08810.jpgdsc08815.jpgdsc08818.jpgdsc08828.jpgdsc08829.jpgdsc08833.jpgdsc08835.jpgdsc08840.jpgdsc08841.jpgdsc08847.jpgdsc08853.jpgdsc08855.jpgdsc08867.jpgdsc08876.jpgdsc08878.jpgdsc08880.jpgdsc08886.jpgdsc08887.jpgdsc08894.jpgdsc08896.jpgdsc08898.jpgdsc08901.jpgdsc08902.jpgdsc08903.jpgdsc08908.jpgdsc08911.jpgdsc08912.jpgdsc08914.jpgdsc08920.jpgdsc08939.jpgdsc08950.jpgdsc08960.jpgdsc08961.jpgdsc08965.jpgdsc08970.jpgdsc08979.jpgdsc08983.jpgdsc08986.jpgdsc08989.jpgdsc08991.jpgdsc08998.jpgdsc09001.jpgdsc09006.jpgdsc09018.jpgdsc09027.jpgdsc09036.jpgdsc09038.jpgdsc09041.jpgdsc09051.jpgdsc09058.jpgdsc09061.jpgdsc09063.jpgdsc09067.jpgdsc09068.jpgdsc09069.jpgdsc09070.jpgdsc09072.jpgdsc09074.jpgdsc09076.jpgdsc09077.jpgdsc09081.jpgdsc09082.jpgdsc09084.jpgdsc09088.jpgdsc09089.jpgdsc09090.jpg

 

 

Read 676 times Last modified on Tuesday, 01 January 2013 13:17
Super User

Webmaster SMART