Monday, 29 October 2012 00:00

RASTU ILMU PMR, SPM & STPM 2012

Written by 
Rate this item
(1 Vote)

SMART 29 OKTOBER - Majlis Restu Ilmu PMR, SPM & STPM merupakan hari yang menemukan para pelajar Tingkatan Tiga, Lima dan Enam Atas dengan para guru khusus untuk tujuan memunajat kehadrat Illahi agar usaha yang dicurahkan diberkati dan diredhai Illahi sebagai persediaan bagi menghadapi peperiksaan tahun ini. Para pelajar dan guru bersatu-hati dengan satu hasrat memohon agar Tuhan mendorong diri masing-masing ke arah berusaha untuk mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah diri anak-anak SMART yang telah diadakan di Dewan Al-Falah SMK Abdul Rahman Talib. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMK Abdul Rahman Talib yang beliau amat berharap kepada anak didik SMART dapat menyumbang kecemerlangan yang maksima kepada sekolah sebagai tanda kesyukuran dan berterima kasih kepada para pendidik serta sekolah.

 

Barakahnya ilmu yang dituntut di SMART bermakna kemuliaan, iaitu kemuliaan ilmu pengetahuan yang didapati semasa berada di sekolah yang mampu mempin kehidupan pelajar ke arah kesenangan, memberi sinar dan cahaya untuk menyuluh ke arah lebih baik dan cemerlang sepanjang hayat. Keberkatan ini tidak dapat dengan hanya bergantung kepada keredhaan, kesudian dan keikhlasan para guru yang memberikan ilmu tersebut kepada pelajar. Tanpa keredaan, kesudian dan keikhlasan para guru, ilmu yang dituntut itu bukan sahaja tidak dapat memberi panduan dengan sepatutnya, bahkan ia akan membawa ke arah kecelakaan pula.

 

Oleh yang demikian, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMART telah mengambil daya usaha melaksanakan Majlis Restu Ilmu PMR, SPM & STPM 2012 bersama para guru Tingkatan Tiga, Lima dan Enam Atas dengan jayanya.

 

 

dsc07067.jpgdsc07068.jpgdsc07069.jpgdsc07070.jpgdsc07071.jpgdsc07072.jpgdsc07073.jpgdsc07075.jpgdsc07076.jpgdsc07077.jpgdsc07078.jpgdsc07079.jpgdsc07080.jpgdsc07439.jpgdsc07441.jpgdsc07442.jpgdsc07443.jpgdsc07445.jpgdsc07448.jpgdsc07451.jpgdsc07454.jpgdsc07456.jpgdsc07458.jpgdsc07460.jpgdsc07461.jpgdsc07463.jpgdsc07464.jpgdsc07466.jpgdsc07470.jpgdsc07472.jpgdsc07474.jpgdsc07475.jpgdsc07479.jpgdsc07482.jpgdsc07486.jpgdsc07495.jpgdsc07497.jpgdsc07500.jpgdsc07503.jpgdsc07504.jpgdsc07505.jpgdsc07508.jpgdsc07512.jpgdsc07514.jpgdsc07520.jpgdsc07526.jpgdsc07531.jpgdsc07537.jpg

 

 

Read 487 times Last modified on Tuesday, 06 November 2012 15:31
Super User

Webmaster SMART