Tuesday, 30 October 2012 00:00

ANUGERAH KOKURIKULUM SMART 2012

Written by 
Rate this item
(5 votes)

DEWAN AL-FALAH SMART 30 OKTOBER : Majlis Anugerah Kokurikulum SMK Abdul Rahman Talib 2012 berlansung dengan penuh gemilang di Dewan Al-Falah SMK Abdul Rahman Talib bermula jam 8.00 malam yang dirasmikan oleh YH. Dato' Hj. Che Wan Mohd Khalid bin Mohammad, YDP SMK Abdul Rahman Talib. Turut hadir dalam majlis tersebut Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMK Abdul Rahman Talib, Guru-Guru Penolong Kanan, AJK PIBG SMART, guru-guru SMART dan para penerima anugerah. 

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan, bacaan doa, ucapan tuan pengetua dan ucapan serta perasmian oleh YDP PIBG SMART, YH. Dato' Hj. Che Wan Mohd Khalid bin Mohammad. Seterusnya jamuan makan malam bersama tetamu VIP bagi meraikan pelajar-pelajar cemerlang dalam kokurikulam sepanjang tahun 2012, didendangkan dengan pelbagai persembahan oleh para pelajar antaranya Quintet Orkestra SMART.

 

Majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dimulakan dengan penyampaian Anugerah Warna Separuh seramai 76 orang penerima, Anugerah Warna Penuh seramai 26 orang penerima, Anugerah Lencana Biru seramai 42 orang penerima dan Anugerah Abdul Rahman Talib yang dinugerahkan kepada Agnes Chan Ai Wen, 5 Sains Amanah dan Nurfarhani Azeera bt Badarudin, 5 Sains Amanah.

 

Majlis merakamkan sekalung budi kepada pengerusi dan seluruh Jawatankuasa Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum SMK Abdul Rahman Talib diatas kerjasama baik yang telah diberikan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

 

 

dsc07555.jpgdsc07556.jpgdsc07676.jpgdsc07755 2.jpgdsc07755 4.jpgdsc07755 5.jpgdsc07755 6.jpgdsc07755 7.jpgdsc07755 8.jpgdsc07755 9.jpgdsc07755 10.jpgdsc07755 11.jpgdsc07755 12.jpgdsc07755 13.jpgdsc07755 14.jpgdsc07755 15.jpgdsc07755 16.jpgdsc07755 17.jpgdsc07755 18.jpgdsc07755 19.jpgdsc07755 20.jpgdsc07755 21.jpgdsc07755 22.jpgdsc07755 23.jpgdsc07755 24.jpgdsc07755 26.jpgdsc07755 27.jpgdsc07755 28.jpgdsc07755 29.jpgdsc07755 30.jpgdsc07755 31.jpgdsc07755 32.jpgdsc07755 33.jpgdsc07755 34.jpgdsc07755 35.jpgdsc07755 36.jpgdsc07755 37.jpgdsc07755 38.jpgdsc07755 39.jpgdsc07755.jpg

 

 

Read 668 times Last modified on Tuesday, 06 November 2012 14:49
Super User

Webmaster SMART