Tuesday, 23 October 2012 18:09

KM1M & READ 2012: ONE NATION READING TOGRTHER

Written by 
Rate this item
(1 Vote)

PSS SMART 23 OKTOBER : Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan Kempen READ 2012 : One Nation Reading Together merupakan program membaca serentak terbesar di Malaysia yang melibatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Kedua-dua program ini merupakan perkongsian pintar antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Scholastic Malaysia. Di peringkat negeri Pahang, program ini dijalankan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Maran Pahang. Serentak dengan Anugerah Tokoh NILAM, Bintang Perpuspa dan Pusat Akses Sekolah Peringkat Negeri Pahang 2012. Pada masa yang sama, bagi sekolah yang terlibat program membaca selama 2012 saat atau 33.5 minit dijalankan di seluruh negara.

 

Program ini mula dilaksanakan pada tahun 2008 yang bertujuan membina, memupuk dan seterusnya membudayakan amalan membaca dalam kalangan murid di Malaysia. Ia dilaksanakan pada penghujung penggal persekolahan bagi mengisi ruang dan aktiviti selepas peperiksaan di samping meneruskan momentum pembelajaran kendiri murid-murid di sekolah. Antara pencapaian tertinggi program ini, menerima Anugerah "The Most Number Of Children Reading Storybooks in Schools in a Day" didalam entri Malaysia Books Of Record (MBOR) 2010. Objektif program ini bertujuan untuk mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan, menggerakkan program galakan membaca, memupuk minat membaca secara berterusan dan menjadikan Pusat Sumber Sekolah (PSS) sebagai tempat rujukan bahan bacaan.

 

Bagi menyokong dan memastikan kejayaan program ini, Scholastic Malaysia akan menyumbang 50 buah buku bahasa Inggeris terbitan Scholastic kepada setiap sekolah yang mengambil bahagian. Selain untuk meningkatkan koleksi bahan bacaan PSS, sumbangan ini juga akan menjadi pemangkin kepada pelaksanaan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI) dan diharap dapat memberi impak positif kepada peningkatan tahap penguasaan bahasa Inggeris murid-murid. 

 

Semoga kerjasama erat antara KPM dan Scholastic Malaysia akan terus kukuh dan berterusan sejajar dengan visi Malaysia sebagai negara berasaskan ekonomi pengetahuan (k-economy) dan negara maju menjelang tahun 2020, SMK Abdul Rahman Talib (SMART) sebagai badan pelaksana dasar kerajaan di bawah KPM diharapkan akan terus mengambil bahagian pada masa-masa akan datang dan mampu melahirkan warga pembaca yang dihormati dan dapat memberi idea kreatif serta kritis dan sumbangan bukan sahaja kepada pihak sekolah malahan kepada negara amnya.

 

 

  • DSC07285
  • DSC07286
  • DSC07290
  • DSC07291
  • DSC07293
  • DSC07294
  • DSC07295
  • DSC07296
  • DSC07297
  • DSC07299
  • DSC07301
  • DSC07304
  • DSC07305
  • DSC07308
  • DSC07310
  • DSC07313
  • DSC07317
  • DSC07321
  • DSC07322
  • DSC07325
  • DSC07327
  • DSC07328
  • DSC07329
  • DSC07330
  • DSC07331
  • DSC07332
  • DSC07333
  • DSC07334
  • DSC07335
  • DSC07337
  • DSC07344
  • DSC07345
  • DSC07346
  • DSC07347
  • DSC07348
  • DSC07349
  • DSC07350
  • DSC07351
  • DSC07352
  • DSC07353
  • DSC07354
  • DSC07355
  • DSC07356
  • DSC07357
  • DSC07358
  • DSC07359

 

 

Read 684 times Last modified on Thursday, 03 January 2013 22:21
Super User

Webmaster SMART