Saturday, 29 September 2012 09:05

SMART TEAM BULDING

Written by 
Rate this item
(1 Vote)

BTPN PAHANG 29 SEPTEMBER - Program Peningkatan Profesionalisme Kecemerlangan dan Kegemilangan Budaya Kerja (TEAM BUILDING) SMK Abdul Rahman Talib (SMART) berjaya dilaksanakan sepanjang dua hari bermula 28 hingga 29 September 2012 yang dihadiri oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMART dan semua barisan pentadbir serta guru-guru SMART. Program ini diharapkan dapat membina satu pasukan tenaga kerja yang mantap, saling bekerjasama, efisien, berketrampilan dan bersedia memberi sumbangan yang optimum dalam merencanakan kecemerlangan organisasi berteraskan konsep CPO (Co-operative Profesional Organisation) yang disokong oleh pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai profesional dalam bidang pendidikan.

Akhirnya program ini dapat :-

  • Menerapkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta nilai-nilai murni dalam pekerjaan seharian bagi mendapatkan kepuasan kendiri.
  • Membina satu budaya pekerja yang positif, inovasi dan proaktif seterusnya mampu menyumbangkan idea yang berkesan untuk kepentingan organisasi.
  • Meningkatkan motivasi diri untuk terus memberikan komitmen yang tinggi kepada organisasi di samping peningkatan kerjaya individu dari semasa ke semasa.
  • Membentuk satu pasukan kerja (team works) yang dapat berkerjasama, hormat-menghormati dan mempunyai matlamat yang sama, iaitu mementingkan kecemerlangan organisasi.
  • Meningkatkan rasa tanggungjawab dan keperhatinan terhadap perkembangan institusi melalui semangat kekitaan dan kepunyaan (ownership) yang tinggi.

 

 

dsc05715.jpgdsc05717.jpgdsc05720.jpgdsc05733.jpgdsc05737.jpgdsc05746.jpgdsc05758.jpgdsc05764.jpgdsc05768.jpgdsc05772.jpgdsc05773.jpgdsc05779.jpgdsc05795.jpgdsc05817.jpgdsc05837.jpgdsc05841.jpgdsc05844.jpgdsc05848.jpgdsc05850.jpgdsc05851.jpgdsc05853.jpgdsc05863.jpgdsc05865.jpgdsc05870.jpgdsc05879.jpgdsc05881.jpgdsc05882.jpgdsc05885.jpgdsc05890.jpgdsc05892.jpgdsc05904.jpgdsc05908.jpgdsc05909.jpgdsc05912.jpgdsc05913.jpgdsc05919.jpgdsc05937.jpgdsc05954.jpgdsc05961.jpgdsc05964.jpgdsc05971.jpgdsc05979.jpgdsc06013.jpgdsc06017.jpgdsc06018.jpgdsc06031.jpgdsc06039.jpgdsc06040.jpgdsc06041.jpgdsc06053.jpgdsc06054.jpgdsc06055.jpgdsc06067.jpgdsc06071.jpgdsc06084.jpgdsc06086.jpgdsc06102.jpgdsc06105.jpgdsc06112.jpgdsc06115.jpgdsc06117.jpgdsc06121.jpgdsc06122.jpgdsc06125.jpgdsc06128.jpgdsc06131.jpgdsc06134.jpgdsc06137.jpgdsc06140.jpgdsc06143.jpgdsc06148.jpgdsc06151.jpgdsc06157.jpgdsc06162.jpg

 

 

Read 641 times Last modified on Friday, 05 October 2012 08:51
Super User

Webmaster SMART