Tuesday, 18 September 2012 15:26

LAWATAN PENANDA ARAS GPK PENTADBIRAN TERENGGANU

Written by 
Rate this item
(1 Vote)

SMART 18 SEPTEMBER - Lawatan Penanda Aras Guru-Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah Negeri Terengganu telah diadakan di Dewan Al-Falah SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan. Rombongan diketuai oleh En. Hamid bin Yahya, Penolong Pengarah Projek Khas Sekolah Berasrama Penuh Dan Kecemerlangan, Jabatan Pelajaran Terengganu bersama Pn. Siti Rohaya Mohd Nor, Penolong Pengarah Vokasional Dan Teknik, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu serta En. Abd Rashid Sulong, Pengerusi Majlis Permaufakatan GPK Pentadbiran Negeri Terengganu. 

Lawatan disertai seramai 141 orang Guru Penolong Kanan Pentadbiran sekolah menengah negeri Terengganu. Sesi taklimat ringkas Kecemerlangan SMART oleh Tuan Pengetua Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran En. Ahmad Zamri bin Md Isa berkaitan Pengurusan dan Strategi Peningkatan Kurikulum SMART. Sepanjang lawatan tersebut mereka telah dibawa melawat ke Pusat Sumber Sekolah SMART dan beberapa lokasi menarik di SMART.

 

 

DSC05182.JPGDSC05183.JPGDSC05194.JPGDSC05197.JPGDSC05198.JPGDSC05199.JPGDSC05200.JPGDSC05204.JPGDSC05205.JPGDSC05210.JPGDSC05211.JPGDSC05216.JPGDSC05224.JPGDSC05225.JPGDSC05234.JPGDSC05237.JPGDSC05238.JPGDSC05240.JPGDSC05253.JPGDSC05270.JPG

Read 624 times Last modified on Wednesday, 19 September 2012 15:58
Super User

Webmaster SMART