Sunday, 24 May 2015 11:40

KARNIVAL PENDIDIKAN STEM 2015

Written by 
Rate this item
(5 votes)

SMART Kuantan, 22 - 23 Mei 2015, Karnival Pendidikan STEM 2015 Peringkat Kebangsaan Sekolah-sekolah Berprestasi Tinggi dan Sekolah-sekolah KLUSTER telah berjaya dilangsungkan sepanjang dua hari di SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan. Sebanyak 10 buah sekolah telah menyertai pada tahun ini dan sebanyak lapan kategori pertandingan antaranya Bridge Competition, Reka bentuk Bangunan 3D, Bot Solar, Kereta Solar, Dapur Cekap Tenaga, Roket Air, Floating Tower dan Pertandingan ICT. Karnival ini dibawah anjuran Sekolah Berprestasi Tinggi SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan.

 

Karnival Pendidikan STEM 2015 bertujuan untuk menggalakkan kemahiran berfikir dan merekacipta dalam kalangan pelajar melalui pertandingan yang diadakan. Memupuk daya kreativiti dan daya intelektual pelajar dalam menghasilkan sesuatu projek berasaskan STEM. mendorong kkeyakinan pelajar mengemukakan idea dan dapatan melalui aktiviti yang dipertandingan. Memberikan pendedahan awal kepada pelajar sekolah melalui pamerian STEM. menggalakkan interaksi pelajar-pelajar yang terlibat dalam pertandingan.


Matlamat krnival ini, mewujudkan suatu 'networking' diantara guru-guru dan para pelajar yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Mendedahkan pelajar dengan pembelajaran bermakna melalui aktiviti-aktiviti berasaskan pendekatan STEM bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan membangunkan genarasi baru pelajar yang berkualiti dan berinovasi. Mencungkil bakat rekacipta dan inovasi dalam bidang sains dan teknologi dalam kalangan pelajar sekolah yang selari dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memupuk minat pelajar terhadap bidang Sains dan Teknologi seperti tang terkandung dalam dasar 60:40. Mewujudkan jaringan dengan sekolah sekitar melalui program 'outreach ICT' dan pameran STEM dari agensi luar.


Majlis penutup diresmikan oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SBT SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan. Tahniah kepada yang menjadi juara dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan Karnival Pendidikan STEM Peringkat Kebangsaan Tahun 2015.

 

 

 

 

Read 2159 times Last modified on Sunday, 24 May 2015 15:16
Super User

Webmaster SMART