Monday, 18 May 2015 11:40

MERIAH HARI GURU SMART 2015

Written by 
Rate this item
(3 votes)

Dataran Tan Seri Abdul Ghafar SMART, 18 Mei 2015 - "Guru Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak", tema Sambutan Hari Guru 2015 yang disambut meriah oleh guru-guru SMK Abdul Rahman Talib (SMART) bersama pelajar serta wakil ibu bapa dengan kemunculan artis terkenal tanah air, Nasir Wahab dengan membawa empat buah lagu. Majlis dimulai dengan tayangan video dokumentari Jubli Emas SMART 50 Tahun, nyanyian lagu negaraku dan negeri Pahang, bacaan perutusan KPPM oleh Encik Ahmad Zamri, GPK Pentadbiran dan ucapan Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMART. Turut hadir YDP PIBG SMART Dato' Che Wan Mohd Khalid, AJK PIBG SMART serta ibu bapa. Acara diteruskan dengan persembahan pelajar dan guru serta sukanika.

 

 

 

Read 1162 times Last modified on Sunday, 24 May 2015 09:58
Super User

Webmaster SMART