Friday, 29 August 2014 11:40

LAWATAN PEN. KANAN PETANG PPD PETALING PERDANA

Written by 
Rate this item
(0 votes)

SMART, 29 OGOS 2014 : Lawatan Penanda Aras Guru Penolong Kanan Petang, PPD Petaling Perdana, Selangor ke SMK Abdul Rahman Talib (SMART) seramai 44 orang yang diketuai oleh Encik Md Juri bin Kamdi, Pengerusi Majlis Penolong Kanan Petang Daerah Petaling Perdana dan turut bersama rombongan Puan Ellya binti Mohamad Hilal, Penyelia Kanan Sekolah Rendah PPD Petaling Perdana. Rombongan disambut oleh Encik Ahmad Zamri bin Md Isa GPK Pentadbiran, Puan Azora binti Alwi GPK Kokurikulum bersama Encik Ismail bin Mohamed Hashim serta Ketua-Ketua Bidang. Mereka dibawa terus ke Dewan Al-Falah untuk sesi bergambar.

Sesi taklimat ringkas pengurusan sekolah serta sesi bertukar-tukar buah fikiran diadakan di Bilik Al-Hikmah yang disampaikan oleh GPK Pentadbiran, GPK HEM dan GPK Kokurikulum mewakili Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMART yang berada diluar sekolah atas urusan rasmi. Sesi menandatangani memorendum jalinan di antara wakil-wakil sekolah telah diadakan bersama Tuan Pengetua diakhir sesi taklimat. Tetamu dijamu dengan jamuan ringan di kantin sekolah dan selepas itu, rombongan dibawa melawat ke Pusat Sumber SMART.

 

DSC06571.JPGDSC06572.JPGDSC06574.JPGDSC06578.JPGDSC06579.JPGDSC06581.JPGDSC06586.JPGDSC06589.JPGDSC06592.JPGDSC06594.JPGDSC06597.JPGDSC06598.JPGDSC06599.JPGDSC06601.JPGDSC06605.JPGDSC06608.JPGDSC06609.JPGDSC06610.JPGDSC06611.JPGDSC06613.JPGDSC06616.JPGDSC06619.JPGDSC06621.JPGDSC06622.JPGDSC06623.JPGDSC06627.JPGDSC06632.JPGDSC06635.JPGDSC06643.JPGDSC06644.JPGDSC06645.JPGDSC06646.JPGDSC06647.JPGDSC06649.JPGDSC06651.JPGDSC06652.JPG

 

 

Read 631 times Last modified on Friday, 29 August 2014 14:37
Super User

Webmaster SMART