Saturday, 21 June 2014 17:09

SEMINAR & BENGKEL KECEMERLANGAN PiSSA 2014

Written by 
Rate this item
(0 votes)

20 - 23 JUN 2014, Ballroom Carebian Bukit Gambang Resort telah berlangsung Seminar Dan Bengkel Kecemerlangan Semua Subjek A (PiSSA). Pusat PiSSA SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan telah menghantar seramai 34 orang pelajar dengan 28 pelajar dari SMK Abdul Rahman Talib, 3 orang pelajar daripada SMK Alor Akar, Kuantan dan 3 orang pelajar daripada SMK Tanah Putih, Kuantan.

 

Sebagai sejarah awal, Projek INTERVENSI Semua Subjek A (PiSSA) telah dilaksanakan pada tahun 2003 di lima buah sekolah di daerah Kuantan. Program ini memfokuskan kepada anak Pahang yang akan melahirkan pelajar cemerlang Stright A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Perlaksanaannya dibuat secara beperingkat dan berkembang dari tahun ke tahun di bawah Yayasan Pahang. Program ini dilaksanakan bersama-sama dengan program Jawab untuk Jaya (JUJ) yang diuruskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.

 

Kemuncak projek inTervensi Semua Subjek A (PiSSA) adalah Seminar/Bengkel Kecemerlangan PiSSA yang diadakan di Bukit Gambang Resort pada 20 hingga 23 Jun 2014. Seramai 280 orang pelajar dari pelbagai sekolah terlibat, melibatkan 8 pusat iaitu Pusat PiSSA SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan (SMART), Pusat PiSSA, Pusat PiSSA SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (SEMSAS), Pusat PiSSA SM Sains Tengku Abdullah (SEMESTA), Pusat PiSSA Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah Pekan (SHAH), Pusat PiSSA Maahad Tahfiz Kuantan, Pusat PiSSA SBPI Temerloh, Pusat PiSSA SMK SUlaiman Bentong dan Pusat PiSSA SMK Abu Bakar Kuantan (SABS).

 

Program ini memfokuskan kepada bengkel menjawab soalan dan tip-tip untuk menjawab soalan agar memperolehi A ataupun A+ dalam setiap mata pelajaran yang diambil pelajar.

 

 

 

 

Read 373 times Last modified on Friday, 27 June 2014 15:43
Super User

Webmaster SMART