Tuesday, 17 June 2014 15:50

ALUMNAI SMART ERAT SILATURAHIM GURU & BEKAS PELAJAR

Written by 
Rate this item
(0 votes)

PEKAN - 14 JUN 2014, Pelbagai acara dirancang sempena sambutan jubli emas Sekolah Menangah Kebangsaan Abdul Rahman Talib (SMART), Kuantan melibatkan lebih 2000 bekas pelajar dan juga guru pada tahun ini. Pengerusi Alimni SMART, Datuk Hasan Arifin berkata, acara dianjurkan bertujuan mengeratkan kembali hubungan antara pelajar dan guru yang pernah mencurahkan ilmu. Menurutnya, usaha gigih serta komitmen yang diberikan berjaya menghimpunkan kembali hampir bekas pelajar termasuk guru yang bersama dalam menimba dan mencurahkan ilmu sejak 50 tahun lalu.


"Kewujudan alumni sebagai entiti penting menjadi platform menghubungkan bekas pelajar dari sekolah ini sekali gus dapat mengimbau kenangan lalu serta terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam perkembangan dan pencapaian semasa sekolah." 

"Ia juga menjadi satu ikatan antara semua bekas pelajar dan guru yang pernah berkongsi ilmu di SMART dan silaturahim yang pernah terjalin suatu masa dahulu dapat terus dikekalkan," katanya ketika Kejohanan Golf Mesra Amal bagi mengutip derma mengisi tabung Alumni SMART di Golf Diraja Pekan, di sini.


Datuk Hasan berkata, Alumni SMART turut berperanan membantu sekolah melalui pemantauan serta menyumbang kepada tahap perkembangan dan peningkatan kualiti pendidikan sekolah ini dalam matalamat untuk melahirkan lebih ramai lagi insan yang berguna dan berjaya dalam hidup.


Sementara itu, ahli jawatankuasa Alumni SMART, Alias Abdullah berkata, penglibatan lebih ramai bekas pelajar SMART amat dialu-alukan dalam membantu menyalurkan kelebihan dan kemahiran yang dimiliki mereka di mana ramai diantaranya kini terkenal sebagai tokoh berjaya dalam pelbagai bidang.


Bekas pelajar yang turut rasa terpanggil untuk menabur jasa kepada sekolah dan adik-adik yang kini menuntut ilmu di SMART boleh menghubungi pihak sekolah di talian 09-5602244.

 

IMG_2778.JPGIMG_2780.JPGIMG_2783.JPGIMG_2784.JPGIMG_2786.JPGIMG_2790.JPGIMG_2792.JPGIMG_2793.JPGIMG_2794.JPGIMG_2795.JPGIMG_2796.JPGIMG_2797.JPGIMG_2799.JPGIMG_2800.JPGIMG_2802.JPGIMG_2804.JPGIMG_2805.JPGIMG_2806.JPGIMG_2807.JPGIMG_2808.JPGIMG_2809.JPGIMG_2810.JPGIMG_2811.JPGIMG_2812.JPGIMG_2813.JPGIMG_2814.JPGIMG_2815.JPGIMG_2817.JPGIMG_2818.JPGIMG_2819.JPGIMG_2820.JPGIMG_2821.JPG

 


Sumber: Sinar Harian, 17 Jun 2014, halaman 39

 

Read 239 times Last modified on Sunday, 22 June 2014 15:06
Super User

Webmaster SMART