Friday, 21 March 2014 09:37

SIDANG AKHBAR PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2013

Written by 
Rate this item
(0 votes)

SMART, 20 MEI 2014 - , Sidang akhbar pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2013 (SPM 2013) oleh Timbalan Pendidikan Pahang, Puan Hajah Rashidah binti Md Arif telah dibuat di Bilik Al-Hikmah, SMK Abdul Rahman Talib (SMART) turut hadir Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMART, YDP PIBG SMART, pegawai-pegawai Yayasan Pahang serta ketua-ketua sektor dan pegawai-pegawai JPN Pahang, timbalan dan pegawai-pegawai PPD Kuantan bersama para wartawan dan media disiarkan secara langsung menerusi Station Radio RTM Pahang sekitar jam 10.35 pagi.

 

Pada tahun 2013, seramai 24,753 orang calon telah mendaftar dan seramai 24,301 orang calon telah menduduki peperiksaan SPM 2013. Pada keseluruhannya pencapaian calon SPM 2013 mengikut Gred Purata (GP) iaitu 4.84 berbanding tahun 2012 iaitu 4.89 meningkat sebanyak 0.05. Pencapaian cemerlang yang mendapat semua A dalam mata pelajaran yang diambil seramai 401 orang iaitu 1.85% berbanding tahun 2012 iaitu seramai 490 orang atau 2.17% iaitu penurunan sebanyak 89 orang (0.32%).

 

Pada keseluruhannya, pencapaian sekolah yang mendapat 100% Layak Mendapat Sijil berjumlah 36 buah sekolah berbanding 40 buah sekolah pada tahun sebelumnya berkurangan sebanyak 4 buah. Sebanyak 14 buah sekolah memperolehi GPS di bawah 3.0. Antaranya lima buah sekolah di dalam kategori sekolah cemerlang berasaskan gred NKRA iaitu GPS di bawah 2.25. Sekolah harian memperolehi pencapaian terbaik iaitu SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan dengan GPS 1.99.

 

Majlis diakhiri dengan penyampaian slip keputusan SPM 2013 kepada dua orang pelajar cemerlang SMART yang mendapat semua A+ oleh Timbalan Pendidikan Pahang iaitu Fatin Nur Afiqah binti Suris dan Audrey Chan Ai Shan. Tahniah dan selamat maju jaya kepada semua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang.

 

 

DSC02352.JPGDSC02354.JPGDSC02355.JPGDSC02356.JPGDSC02357.JPGDSC02358.JPGDSC02359.JPGDSC02365.JPGDSC02366.JPGDSC02367.JPGDSC02369.JPGDSC02370.JPGDSC02371.JPGDSC02372.JPGDSC02373.JPGDSC02374.JPGDSC02376.JPGDSC02377.JPGDSC02379.JPGDSC02382.JPGDSC02383.JPGDSC02385.JPGDSC02388.JPGDSC02389.JPGDSC02397.JPGDSC02403.JPG

 

 

Read 507 times Last modified on Friday, 21 March 2014 10:29
Super User

Webmaster SMART