Friday, 10 January 2014 10:31

KAMI CINTA RASULULLAH S.A.W.

Written by 
Rate this item
(0 votes)

Dewan Al-Falah, 10 JANUARI 2014 : Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. telah dijayakan oleh Ustaz Jasrifuddin bin Puteh daripada SMA Al-Ihsan Kuantan. Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil ringkas yang diketuai oleh Ustaz Sovri bin Ismail buat aruah sumai Cikgu Hasidah binti Hj Hashim yang telah kembali ke Rahmahtullah pada Isnin yang lalu. Persembahan nyasid dengan lagu Ya Hanana oleh Kumpulan Nasyid Asrama SMART sebagai pembukaan majlis dalam suasana pagi yang dingin. Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMK Abdul Rahman Talib bersama barisan Guru Penolong Kanan, guru-guru serta pelajar SMART yang terdiri daripada pelajar tingkatan dua hingga tingkatan lima.

Sepanjang ceramah yang disampaikan Ustaz Jasrifuddin mengajak warga SMART mencintai dan mengamalkan sunnah Rasullah dalam kehidupan seharian kita dengan meletakkan Allah dan Rasullah dalam hati lebih tinggi daripada yang lain. Moga dengan mengamalkan berselawat setiap masa kita akan mendapat syafaat baginda di hari akhirat nanti Insya Allah. 

 

DSC08190.JPGDSC08192.JPGDSC08194.JPGDSC08195.JPGDSC08196.JPGDSC08197.JPGDSC08199.JPGDSC08200.JPGDSC08201.JPGDSC08202.JPGDSC08203.JPGDSC08206.JPGDSC08210.JPGDSC08212.JPGDSC08216.JPGDSC08218.JPGDSC08221.JPGDSC08223.JPGDSC08227.JPGDSC08232.JPGDSC08233.JPGDSC08244.JPGDSC08245.JPGDSC08248.JPGDSC08252.JPGDSC08254.JPGDSC08258.JPGDSC08271.JPGDSC08281.JPGDSC08282.JPGDSC08286.JPG

 

 

 

Read 408 times
Super User

Webmaster SMART