MAKLUMAN @ SMART

MESYUARAT AGUNG PIBG SMART KALI KE-44

Tarikh: 4 MAC 2018 (AHAD)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Dewan Al-Falah, SMART

Surat & Borang Usul Mesyuarat PIBG SMART

Semua ibu bapa / penjaga murid SMART dijumput hadir bagi menunaikan tanggungjawab bersama.

MAKLUMAN PENTING:-

LALULINTAS SEHALA DI LORONG SERI KUANTAN 79, ANTARA SMART & SABS.

Berkuatkuasa Mulai 01 NOV 2013

  • Isnin - Jumaat : Jam 6.30 - 7.30 pg
  • Isnin - Khamis : Jam 2.00 - 3.00 ptg
  • Jumaat          : Jam 12.00 tgh - 2.00 ptg

 

PROSPEKTUS SMART

 

Sila dapatkan Pamplate PROSPEKTUS SMART di sini.

 

Terima Kasih.

02/2018: GURU BERTUGAS MINGGU 01

 

01 - 02 FEB 2018

 

1.

2.

3.

4.

5.

 

02/2018: GURU BERTUGAS MINGGU 02

 

05 - 09 FEB 2018

 

1.

2.

3.

4.

5.

 

02/2018: GURU BERTUGAS MINGGU 03

 

12 - 16 FEB 2018

 

1.

2.

3.

4.

5.

 

02/2018: GURU BERTUGAS MINGGU 04

 

19 - 23 FEB 2018

 

1.

2.

3.

4.

5.

 

02/2018: GURU BERTUGAS MINGGU 05

 

26 - 28 FEB 2018

 

1.

2.

3.

4.

5.

 

001472494

We have 80 guests and no members online

1472494
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
338
308
338
1469465
7244
13120
1472494

IP Anda: 54.167.48.192
Masa Server: 2018-02-18 17:02:09
Maklumat Portal

Apa pendapat anda tentang portal ini?

Tidak Menarik
Kurang Menarik
Sederhan Menarik
Sangat Menarik
Menarik
» Go to poll »
You have no permission to vote! Log in or create an account.
Super User

Super User

Webmaster SMART

Thursday, 25 February 2016 15:38

LAWATAN MOTIVASI SK BALOK BARU

SMART, Kuantan - 25/02/2016 - Lawatan Motivasi Pelajar SK Balok Baru, Kuantan seramai 60 orang pelajar bersama 6 orang guru pengiring ke SMK Abdul Rahman Talib (SMART) telah disambut oleh guru-guru SMART serta Badan Perwakilan Pelajar SMART. Mereka diberi penerangan dan motivasi oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMART bersama barisan pengurusan sekolah. Kemudian pelajar-pelajar dibawa melawat bilik-bilik khas dan Pusat Sumber SMART.

Tuesday, 23 February 2016 00:00

KURSUS HAJI 2016

Dataran Tan Sri Abdul Ghaffar, 20/02/2016 - Kursus Haji 2016 peringkat sekolah telah berlangsung dengan jayanya. Penyertaan semua pelajar Muslim Tingkatan 4 & Tingkatan 5, guru-guru dan staf-staf SMK Abdul Rahman Talib (SMART). Majlis bermula dari jam 8.30 pagi hingga jam 12.30 tengah hari. Ia dikendalikan oleh ustaz dari SMK Teluk Chempedak, Kuantan.

Thursday, 18 February 2016 11:37

KEMPEN CINTA MALAYSIA

Dataran Tan Sri Abdul Ghaffar, 18/02/2016 - Program Kempen Cinta Malaysia bersama Datuk Aznil Hj Nawawi anjuran SMK Abdul Rahman Talib (SMART), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASIL) dan Sarana Ibubapa telah berlangsung dengan jayanya di Dataran Tan Sri Abdul Ghafar. Turut hadir bersama Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi - Pengetua SMART, Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Cawangan Negeri Pahang dan barisan pentadbiran SMART bersama guru-guru SMART serta pelajar SMART.

Wednesday, 27 January 2016 09:42

MAJLIS PERASMIAN FROG CLASSROM

RUANG LEGAR FROG CLASSROM SMART, 26 JANUARI 2016 - Majlis Perasmian Frog Classroom SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan (SMART) telah berlangsung dengan sempurna di Ruang Legar Frog Classroom di Bangunan Tingkatan Satu. Majlis telah dihadiri oleh wakil Pengarah JPN Pahang, Puan Asiah binti Hamzah, Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPN Pahang, En Alex Au-Yong, Pengurus Program YTL Foundation, Wakil YTL Cement, Tuan Haji Mohamed Kamal Bin Hashim, Ketua Penolong Pengarah BTPN Pahang, En Abdul Rahim bin Mohd Yunus, Pegawai PPD Kuantan dan Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMK Abdul Rahman Talib, Wakil PIBG SMART bersama sekolah-sekolah jemputan terdekat SMK Sultan Abu Bakar, SK Galing, SK Assunta Convent Kuantan dan SMK Tok Sira.

Sunday, 03 January 2016 10:01

PENDAFTARAN TINGKATAN 1 SESI 2016

DEWAN AL-FALAH SMART, 3 JANUARI 2016 - Sesi Pendaftran Pelajar Tingkatan 1 Tahun 2016 telah berlangsung dengan jayanya, sesi penerangan serta taklimat kepada pelajar dan ibu bapa telah disampaikan oleh Tuan Haji Halele bin Ulul Azmi, GPK HEM dan Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMK Abdul Rahman Talib (SMART). Sesi pendaftaran pelajar telah berlangsung di kelas tingkatan satu masing-masing yang diuruskan oleh guru kelas dan pembelian kelengkapan pelajar diadakan di Dataran Tan Seri Abdul Ghafar yang diuruskan oleh Koperasi SMK Abdul Rahman Talib.

Saturday, 12 September 2015 13:00

MAJLIS ANUGERAH SMART GEMILANG 2015

Dataran Tan Sri Abdul Ghaffar, 12 SEPTEMBER 2015 - Majlis Anugerah SMART Gemilang 2015 telah berlangsung dengan jayanya di Dataran Tan Sri Abdul Ghaffar SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan yang telah dibuka sedang dewan oleh Dato' Che Wan Mohd Khalid bin Mohammad DIMP., SMP., Yang Dipertua PIBG, SMK Abdul Rahman Talib (SMART). Turut hadir bersama Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua Cemerlang SMART bersama wakil Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan. Kategori-kategori penyampaian Anugerah SMART Gemilang 2015 seperti Anugerah Kecemerlangan Akademik 2014,  Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2015, Anugerah Guru, Anugerah Abdul Rahman Talib dan Anugerah Bintang Emas. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini.

Friday, 04 September 2015 15:57

LAWATAN SMS TUN SYED SHEH SHAHBUDIN P.PINANG

04 SEPTEMBER 2015, SMART - Lawatan daripada Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahbudin, Bukit Mertajam Pulau Pinang yang diketuai oleh Tuan Haji Jamaludin bin Yaacob, Pengetua Cemerlang bersama 5 orang barisan pentadbiran. Sesi taklimat ringkas diadakan di Bilik Al-Hikmah SMK Abdul Rahman Talib oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua Cemerlang bersama barisan pentadbiran SMART. Majlis diakhiri dengan menandatangai sijil penghargaan dan pertukaran cenderamata.

Dataran Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud, 26 Ogos 2015 - Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat SMART 2015 telah berlangsung dengan jayanya yang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMK Abdul Rahman Talib. Majlis telah disajikan dengan skesta kemerdekaan oleh pelajar-pelajar tingkatan lima dan bicara tokoh kemerdekaan Mat Kilau Jasamu Dikenang. Majlis diakhiri dengan perarakan beramai-ramai mengikut pasukan unit beruniform mengelilingi taman sekitar sejauh 2 km.

SMART, 23 JULAI 2015 - Lawatan Motivasi Pelajar Dan Jalinan Ukuwah SK Pelabuhan ke SMK Abdul Rahman Talib (SMART) telah berlangsung pada hari Khamis dengan kehadiran seramai 50 orang murid bersama 6 orang guru pengiring yang diketuai oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Sesi penerangan ringkas telah dimulakan oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMART, ucapan balas oleh GPK Pentadbiran SKP dan diakhiri dengan ucapan motivasi oleh Encik Ahmad Zamri bin Md Isa, GPK Pentadbiran SMART serta diakhiri sesi lawatan dengan melawat Pusat Sumber SMART. Terima kasih diatas lawatan berkaitan serta sumbangan derma kepada keluarga guru SMART yang telah kembali kerahmatullah pada 22 Julai 2015. 

Tuesday, 14 July 2015 15:25

SALAM UKUWAH RAYA AIDILFITRI 1436H

SMART, 14 JULAI 2015 - Salam ukuwah sempena Hari Raya Aidilfitri 1436H telah diadakan di Dataran Tan Sri Abdul Ghafar SMK Abdul Rahman Talib di antara guru-gur dengan semua pelajar. Ia menjadi tradisi setiap tahun,bagi tujuan memupuk budaya hormat menghormati di antara satu sama lain walaupaun berbagai bangsa yang ada di sekolah ini dan amnya di Malaysia.

HUBUNGI KAMI

SMK ABDUL RAHMAN TALIB
JALAN ALOR AKAR
25250 KUANTAN

PAHANG DARUL MAKMUR
MALAYSIA


TEL: 609-560 2244
FAX: 609-567 9250

EMAIL: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.