Super User

Super User

Webmaster SMART

DEWAN AL-FALAH, 18 MAC 2017 - Jam 9.00 pagi, telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG SMK Abdul Rahman Talib (SMART) Kali Ke-43 bagi tahun 2017 di Dewan Al-Falah SMK Abdul Rahman Talib. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Shahrizal bin Husin, Naib Yang Dipertua PIBG SMART, turut hadir bersama Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua Cemerlang SMART bersama AJK PIBG serta guru-guru dan ibu bapa. Mesyuarat berjalan dengan sempurna dan sangat harmoni dalam pelbagai perbincangan bagi mengembalikan kegemilangan SMART oleh para ibu bapa pada masa akan datang.

SMART, 17 MAC 2017 - Berlangsung dengan jayanya Pelancaran Program Guru Penyayang & Mentor Mentee peringkat SMK Abdul Rahman Talib (SMART) tahun 2017 di Dataran Tan Sri Abdul Ghafar, SMART yang disempurnakan oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua Cemerlang SMART. Program ini bermatlamat untuk membangun sahsiah diri murid melalui Budaya Amalan Penyayang dengan membudayakan  amalan 3S1D iaitu Senyum, Sapa, Salam dan Doa. Diakhir program pelajar-pelajar telah dibahagikan kepada kumpulan masing-masing mengikut guru-guru yang telah ditetapkan sebagai mento dalam kumpulan yang kecil.

Thursday, 16 March 2017 12:44

KEPUTUSAN SPM 2016 SMART

DEWAN AL-FALAH SMART, 16 MAC 2017 - Keputusan Rasmi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 telah diumumkan oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMK Abdul Rahman Talib (SMART) dengan keputusan 100% lulus dan seramai 14 orang pelajar mendapat semua keputusan A.

Wednesday, 01 March 2017 16:00

STPM 2016 SMART CEMERLANG

SMART KUANTAN, 28 FEBRUARI 2017 - Keputusan STPM 2016 SMART telah diumumkan di Dewan Al-Falah SMK Abdul Rahman Talib (SMART), majlis penyampaian keputusan cemerlang STPM 2016 telah disempurnakan oleh En. Kamaruddin bin Mohd Nor, GPK Hal Ehwal Murid. Pencapain cemerlang STPM 2016 dengan mendapat GPS 2.89 berbanding 2.88 tahun lepas. Pelajar 4A seramai 4 orang berbanding 3 orang tahun lepas. Jumlah pelajar mendapat 4A di Daerah Kuantan seramai 10 orang dan 4 orang daripada SMK Abdul Rahman Talib. Tahniah serta syabas kepada pelajar-pelajar Tingkatan 6 dan guru-guru SMART sesi tahun 2016.

Wednesday, 22 February 2017 00:00

2017 LATIHAN KECEMASAN & KEBAKARAN SMART

SMART KUANTAN, 21 FEB 2017 - Sesi Latihan Kecemasan dan Kebakaran 'Fire Drill' telah diadakan di SMK Abdul Rahman Talib (SMART), bermula jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi yang melibatkan semua warga SMART bersama pasukan bomba dari Balai Bomba Bukit Ubi, Kuantan dengan kekuatan sebuah van dan sebuah trak bomba bersama sepasukan anggota bomba. Sesi taklimat ringkas keselamatan telah disampaikan oleh pegawai bomba yang bertanggungjawab serta diakhiri dengan demo memadam api kebakaran.

Monday, 13 February 2017 00:00

KEJOHANAN OLAHRAGA SMART 50 TAHUN

STADIUM DARUL MAKMUR KUANTAN, 11 FEBRUARI 2017 - Kejohan Olahraga SMART Ke 50 Tahun telah berlangsung dengan meriah dan jayanya yang dirasmikan oleh YH Dato' Ahmad Fuad bin Daud, Pengerusi Pertubuhan ALUMNI SMART. Kejohanan Olahraga SMART tahun ini mendapat kerjasama baik daripada ALUMI SMART sebagai penaja utama bersama-sama dengan guru-guru serta kakitangan SMK Abdul Rahman Talib. Keputusan Rasmi Kejohanan Olahraga SMART 50 Tahun http://sukan.smart.edu.my

Monday, 06 February 2017 11:27

PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH


SMART, 6 FEB 2017 - Pelancaran Program Jom Ke Sekolah Peringkat Sekolah telah berlangsung dengan sempurna bermula jam 7.20 hingga 8.05 pagi di Dataran Tan Sri Abdul Ghafar, SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan. Program tersebut telah disempurnakan oleh Pemangku Ketua Trafik IPD Kuantan sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) bagi sekolah ini.

Saturday, 14 January 2017 14:22

LADAP 1 SMART TAHUN 2017

DEWAN AL-FALAH, 14 JANUARI 2017 - Latihan Dalam Perhhidmatan (LADAP) Bil 1 Tahun 2017 telah berlangsung dengan cemerlang di Dewan Al-Falah SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan dengan bimbingan En. Akhiruddeen Awang (SISC + Bahasa Melayu) dan Pn. Roa'ani Mohamed (SISC + Bahasa Melayu) daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan. Turut hadir bersama Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMK Abdul Rahman Talib. Majlis bermula dari jam 7.45 pagi hingga 1.00 petang dengan dimulai taklimat ringkas daripada MAKSAK dan diteruskan oleh slot 1 dan slot 2 LAPAD oleh pegawai-pegawai daripada PPD Kuantan. Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan oleh Tuan Pengetua kepada kedua-dua fasilator berkaitan.

Tuesday, 03 January 2017 10:35

PENDAFTARAN TINGKATAN 1 TAHUN 2017

SMART, 02 JANUARI 2017 - Sesi Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Tahun 2017 telah berlangsung dengan sempurna bermula jam 8.30 pagi. Sesi taklimat ringkas telah disampaikan oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMK Abdul Rahman Talib (SMART) kepada ibu bapa dan penjaga di Dataran Tan Seri Abdul Ghafar. 

Sunday, 20 November 2016 12:36

KARNIVAL STEM & SMART NIAGA 2016

SMART, 19 NOVEMBER 2016 - Karnival STEM 2016 Peringkat Kebangsaan dan SMART Niaga 2016 telah berlangsung dengan jayanya, yang disertai oleh sekolah-sekolah dari negeri Pahang, Terengganu, Johor dan Selangor. Majlis Perasmian Penutut telah disempurnakan oleh wakil daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.

Page 1 of 23

HUBUNGI KAMI

SMK ABDUL RAHMAN TALIB
JALAN ALOR AKAR
25250 KUANTAN

PAHANG DARUL MAKMUR
MALAYSIA


TEL: 609-560 2244
FAX: 609-567 9250

EMAIL: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.