MUTIARA KATA

Amalan Yang Paling Afdal

Font Size:

Daripada Abu Zar Jundubi Zar bin Junadah RA, katanya, aku bertanya, “Wahai Rasullullah, apakah amalan yang paling afdal? “Maka dijawab oleh Rasulullah SAW, ”Beriman kepada Allah SWT dan berjihad dijalannya.” Aku bertanya lagi, “Hamba manakah yang paling utama untuk dimerdekakan?” jawab baginda, ”Hamba yang paling disayangi oleh tuannya dan paling tinggi harganya.” Aku bertanya lagi, ”Jika aku tidak berbuat demikian? Rasulullah menjawab, bantulah orang yang berbuat sesuatu pekerjaan atau buatlah sesuatu untuk orang tidak pandai membuatnya.” Aku bertanya, “Wahai Rasulullah SAW bagaimana pula jika aku lemah, tidak dapat mengerjakan sebahagian kerja-kerja itu?” Jawab Rasulullah SAW, ”Hendaklah kamu menahan perbuatan jahat terhadap manusia, sesungguhnya itu adalah sedekah daripada engkau untuk diri engkau sendiri.”


Riwayat:  Bukhari dan Muslim
Huraian Hadith: 
  1. Umat Islam digalakkan berjihad di jalan Allah iaitu berusaha menegakkan kalimah Allah dan agamanya dengan cara yang telah dijelaskan oleh al-Quran dan as-Sunnah.

  2. Sebaik-baik bersedekah adalah bersedekah dengan harta yang paling disayangi dan paling bermanafaat .

  3. Wajib menjauhkan diri daripada menyakiti orang lain dan ini adalah sedekah untuk diri sendiri.

FaLang translation system by Faboba