MUTIARA KATA

Jangan Sakiti Suamimu

Font Size:

Daripada Mu’az bin Jabal RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Tidak menyakiti seseorang perempuan akan suaminya di dunia melainkan bersumpahlah isteri di akhirat (bidadari) celakalah engkau, “Jangan engkau menyakiti”. Sesungguhnya dia hanya sebentar sahaja bersamamu di dunia ini kemudian dia akan berpisah daripadamu untuk kembali kepada kami”.


Riwayat:  At-Tirmizi katanya ini hadis Hasan
Kategori:  Munakahat
Huraian Hadith: 
  1. Islam melarang isteri menyakiti hati suami tanpa sebab yang diharuskan syarak.

  2. Islam menggalakkan berbaik-baik antara suami isteri untuk menjamin kerukunan rumahtangga.

  3. Hubungan suami isteri di dunia ini hendaklah dipelihara dengan baik semoga hubungan ini berkekalan sehingga ke akhirat.

FaLang translation system by Faboba