MUTIARA KATA

Berbelanja di Jalan Allah

Font Size:

Daripada Abu Abdullah (dikatakan Abu Abdul Rahman) Tsauban bin Bujdad hamba yang dimerdekakan Rasulullah SAW katanya, sanda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik wang yang dibelanjakan oleh seseorang ialah wang yang dibelanjakan untuk menyara keluarganya, wang yang dibelanjakan untuk binatang tunggangan pada jalan Allah dan wang yang dibelanjakan untuk kawan-kawannya di jalan Allah”.


Riwayat:  Muslim
Kategori:  Ibadah
Huraian Hadith: 
  1. Islam menggariskan kelebihan berbelanja kepada tiga peringkat iaitu:

    1) Perbelanjaan kerana kaum keluarga.

    2) Berbelanja untuk binatang-binatang tunggangan pada jalan Allah, dan

    3) berbelanja untuk kawan-kawan pada jalan Allah (menegakkan Agama Islam).

  2. Islam mengingatkan umatnya supaya mengambil faedah daripada berbelanja kerana perbelanjaan yang tidak dikehendaki oleh Islam adalah sia-sia dan membazir.

  3. Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk mencari keredhaan Allah akan mendapat pembalasan yang setimpal.

  4. Tiga perkara yang disebut dalam hadis adalah penting dan perlu didahulukan daripada yang lain dalam berbelanja.

FaLang translation system by Faboba