MUTIARA KATA

Kelebihan Solat Sunat Tarawih

Font Size:

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu." 

Riwayat:  Muslim
Kategori:  Ibadah
Huraian Hadith: 
  1. Solat Terawih adalah solat yang dilakukan pada setiap malam di bulan Ramadhan selepas menunaikan solat Isyak dan sebelum solat witir dan disunatkan kepada kaum lelaki dan juga wanita.

  2. Nabi Muhammad SAW  menggalakkan kaum muslimin para sahabat dan tabi’in selepas baginda supaya mengerjakannya. Ia adalah antara syi’ar di bulan Ramadhan yang mempunyai fadhilat yang amat besar di sisi Allah.

  3. Bilangan rakaat solat Tarawih ialah 11 rakaat termasuk witir. Pada zaman Umar bin al-Khattab  RA orang ramai menunaikan solat Tarawih sebanyak 23 rakaat (iaitu 20 rakaat Tarawih dan 3 rakaat Witir).

FaLang translation system by Faboba