MUTIARA KATA

Puasa Kanak-kanak Yang Mumayyiz

Font Size:

Daripada ‘Amru ibn Syu’aib RA daripada bapanya daripada datuknya bahawa (datuknya) berkata, “Rasulullah SAW telah bersabda, “Suruhlah anak-anak kamu bersolat apabila umur mereka tujuh tahun dan pukullah mereka apabila mereka telah mencapai umur sepuluh tahun (sekiranya mereka degil tidak mengerjakan solat). 

Riwayat:  Abu Daud
Kategori:  Ibadah
Huraian Hadith: 
Jumhur ulama’ berpendapat puasa kanak-kanak yang mumaiyiz adalah sah dan akan diberi ganjaran oleh Allah SWT, bahkan adalah disunatkan bagi penjaganya menganjurkannya berpuasa supaya ia dapat membiasakan dirinya dengan ibadat tersebut apabila dewasa kelak.
 
Diharuskan juga bagi penjaganya memukulnya apabila ia telah mencapai umur sepuluh tahun sekiranya enggan melakukan ibadat tersebut. Pandangan ini dikemukakan oleh jumhur ulama’. Antara hujah-hujah yang dikemukakan ialah dalam surah al-Baqarah ayat 184 yang bermaksud: “Maka siapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) Iebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya…” Umum ayat ini merangkumi juga ibadat puasa yang dilakukan oleh kanak-kanak yang mumaiyiz.
 
Hadith ini jika dilihat dari sudut pendidikan, maka ia tidak hanya merangkumi ibadat solat sahaja. bahkan boleh dipanjangkan kepada aktiviti-aktiviti ibadat yang lain termasuklah ibadat puasa. 
FaLang translation system by Faboba