Print this page
Wednesday, 12 September 2012 21:01

SEJARAH SMART

Written by 
Rate this item
(9 votes)

 

 

 

SEJARAH

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib (SMART) diasaskan pada 12 Januari 1964 sempena nama Menteri Pelajaran Malaysia yang ke-2 iaitu Dr Abdul Rahman Talib. Perasmian sekolah pada 12 Jun 1967 oleh YB Encik Mohd Khir Johari, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu. SMART antara sekolah aliran Melayu yang terawal di Malaysia.
 
Dalam tahun 1972 SMART dijadikan dua buah sekolah yang berasingan. SMART 1 (Tingkatan 4, 5 aliran sains dan Tingkatan 6 aliran sastera) dan SMART 2 (Tingkatan 4, 5 aliran sastera dan Tingkatan 6 aliran sains). Mulaii tahun 1973 sekolah ini disatukan semula.
 
Pada 11 Oktober 1980 perasmian bangunan tambahan (Blok B dan C) oleh KDYMM Pemangku Sultan Pahang iaitu Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah.
 
Mulai tahun 1981 dua kelas Rancangan Khas  (RK) untuk tingkatan satu telah dibuka. Menjadi Sekolah Bestari mulai 1999 dan terpilih sebagai Sekolah Kluster pada 30 Mac 2007.
 
Tanggal 30 Oktober 2014 bersamaan 6 Muharram 1436H, SMK Abdul Rahman Talib (SMART) telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kohort 5 Tahun 2014 yang telah diumumkan oleh Tan Sri Muhiyidin bin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia. Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMK Abdul Rahman Talib yang menerima sijil watikah dan Muhammad Hazim bin Zulkifly, 4 Sains Bestari wakil pelajar sebagai penerima replika cek RM700,000.
 


MEMORI SMART


   

 

BANGUNAN LAMA

  • dsc07171
  • dsc07172
  • dsc07175
  • dsc07176
  • dsc07178
  • dsc07182
  • dsc07183
  • dsc07185
  • dsc07186
  • dsc07187
  • dsc07188
  • dsc07191
  • dsc07192
  • dsc07193
  • dsc07199
  • dsc07201
  • dsc07203
  • dsc07204
  • dsc07207
  • dsc07208
  • dsc07209
  • dsc07210
  • dsc07214
  • dsc07215
  • dsc07216

BANGUNAN SEKARANG

  • a1_smart
  • dsc05302
  • dsc05303
  • dsc05304
  • dsc05305
  • dsc05306
  • dsc05307
  • dsc05308
  • dsc05342
  • dsc05350
  • dsc05351
  • dsc05352
  • dsc05353
  • dsc05354
  • dsc05355
  • dsc05356

DATARAN BERBUMBUNG 2014

  • 001
  • 002
  • 003
  • 004
  • 005
  • 006
  • 007
  • 008
  • 009
  • 010
  • 011
  • 012
  • 013
  • 014
  • 015
  • 016
  • 018
  • 019
  • 020
  • 021
  • 022
  • 023
  • 024
  • 025
  • 027
  • 028
  • 029
  • 030
  • 031
  • 032
  • 033
  • 034
  • 035
  • 036
  • 037
  • 038
  • 039

PENGETUA SMART

       
     
     
     
NAMA : TUAN HAJI BAHTIAR BIN SANUSI
TAHUN : 1 OGOS 2011 - SEKARANG
     
     

18. PENGETUA : 2006 - 2011


 

 

 

 

 

NAMA : DATIN HJH NORMAH BINTI HJ ABU BAKAR
TAHUN : 2006 – 2011

 

 

  

 


17. PENGETUA : 2004 - 2006


 

 

 

 

 

NAMA : DATIN MAIZIDAH BINTI RAJA MOHD ALI
TAHUN : 2004 – 2006

 

 

 

 

 

16. PENGETUA : 1997 - 2004


 

 

 

 

NAMA : HJH RUBIAH BINTI HJ SIDIN
TAHUN : 1997 – 2004

 

 

 

 

 


15. PENGETUA : 1995 - 1997


 

 

 

 

NAMA : HJ ABD RASHID BIN HJ ABDUL SAMAD
TAHUN : 1995 – 1997

 

 

 

 


14. PENGETUA : 1993 - 1995


 

 

 

 

NAMA : HJ MD NASIR BIN HJ ABDULLAH
TAHUN : 1993 – 1995

 

 

 

 


13. PENGETUA : 1992 - 1993


 

 

 

 

 

NAMA : DATO HJ A. RAHIM BIN NOH
TAHUN : 1992 – 1993

 

 

 

 


12. PENGETUA : 1989 - 1992


 

 

 

 

 

NAMA : HJ IBRAHIM BIN YAACOB
TAHUN : 1989 – 1992

 

 

 


11. PENGETUA : 1988 -1989


 

 

 

 

 

 

NAMA : DATO HJ ABDUL RAHIM BIN HJ MOHAMMAD
TAHUN : 1988 – 1989

 

 

 


10. PENGETUA : 1988


 

 

 

 

 

 

NAMA : DATO HJ ZAINUDDIN BIN HJ JUMAAT
TAHUN : 1988

 

 

 


09. PENGETUA : 1986 - 1987


 

 

 

 

 

NAMA : HJ OTHMAN BIN BUSU
TAHUN : 1986 – 1987

 

 

 


08. PENGETUA : 1982 - 1985


 

 

 

 

NAMA : HJ MOHD FADZIL BIN HJ ABD MALIK
TAHUN : 1982 – 1985

 

 

 


07. PENGETUA : 1975 - 1982


 

 

 

 

 

 

NAMA : EN. MOHD HASHIM BIN ABDUL KADIR
TAHUN : 1975 – 1982

 

 

 


05. PENGETUA : 1972 - 1974


 

 

 

 

 

NAMA : EN. AHMAD BIN HASSAN
TAHUN : 1972 – 1974

 

 

 

 


05. PENGETUA : 1970 - 1971


 

 

 

 

 

NAMA : EN. NAWAWI BIN MOHD PAIT
TAHUN : 1970 – 1971

 

 

 

 


04. PENGETUA : 1968 - 1969


 

 

 

 

 

NAMA : TAN SRI DR WAN ZAHID BIN MOHD NORDIN
TAHUN : 1968 – 1969

 

 

 

 


03. PENGETUA : 1967 - 1968


 

 

 

 

NAMA : EN. ERIC YEOW TECK SIANG
TAHUN : 1967 – 1968

 

 

 


02. PENGETUA : 1966


 

 

 

 

NAMA : EN. MOHD GHAZALI BIN HANAFIAH
TAHUN : 1966

 

 

 


01. PENGETUA : 1964 - 1966


 

 

 

 

 

 

NAMA : EN. ZULKIFLI BIN MOHD HASHIM
TAHUN : 1964 – 1966

 

 

 

 


 

 

 

ABDUL RAHMAN TALIB

Abdul Rahman dilahirkan pada tahun 1916 di Temerloh Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal di tempat kelahiran beliau dan kemudian melanjutkan pengajian di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim, Perak. Abdul Rahman memulakan kerjayanya pada tahun 1940 dengan bertugas sebagai guru di Sekolah Abdullah, Kuantan. Selepas hampir lima tahun menjadi pendidik, beliau dilantik menjadi Penolong Nazir Sekolah-sekolah Melayu Pahang pada tahun 1945. Pada tahun 1952, beliau telah mengasaskan Jabatan Hal Ehwal Agama di Jabatan Pelajaran Pahang.

Beliau sangat aktif dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan selain daripada itu juga merupakan Ahli Bersekutu Majlis Kebangsaan. Pada tahun 1956, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Alam Semula Jadi dan Kerajaan Tempatan. Beliau telah dilantik menjadi Menteri Pengangkutan pada tahun 1957, Menteri Perdagangan dan Industri pada tahun 1959, Menteri Pelajaran pada tahun 1960 hingga 1962, Menteri Kesihatan pada tahun 1962, dan kembali menjadi Menteri Pelajaran pada tahun 1964. 

Semasa menjadi Menteri Pelajaran, beliau telah mengemukakan satu laporan yang mengandungi usul dan saranan yang penting untuk memperbaiki sistem pendidikan di Persekutuan Tanah Melayu. Laporan itu dikenali sebagai Laporan Abdul Rahman Talib. Melalui laporan itu beliau memberi penekanan terhadap peningkatan penggunaan Bahasa Melayu dalam sistem pelajaran pada ketika itu.

Di antara saranan yang dikemukan dalam laporan itu mencadangkan supaya Bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib selain Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu mesti diajar dari darjah satu di semua jenis sekolah rendah dan syarat lulus dalam Bahasa Melayu bagi calon-calon ke sekolah menengah, pusat latihan guru dan memberi insentif kepada guru-guru supaya mendapat kelulusan yang baik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Pada tahun 1962, Abdul Rahman telah mendapat anugerah Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang oleh Universiti Malaya. Ketokohan Abdul Rahman bukan sahaja dalam bidang politik tetapi juga dalam pendidikan. Begitu banyak jasa yang dicurahkan terutama dalam memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Beliau telah bersara pada tahun 1965 dan menghembuskan nafas yang terakhir pada 18 Oktober 1968 di Kaherah, Mesir.

Sumber: Perpustakaan Negara Malaysia (http://sejarahmalaysia.pnm.my)

 

FOTO ABDUL RAHMAN TALIB


  • 001
  • 002
  • 003
  • 005
  • 006

FOTO

 

  • 000
  • 001
  • 002
  • 003
  • 004
  • 005
  • 010
  • 011
  • 020
  • 021
  • 022
  • 050
  • 051
  • 052



Read 4651 times Last modified on Sunday, 09 November 2014 11:46
Super User

Webmaster SMART

Latest from Super User

FaLang translation system by Faboba