Print this page
Wednesday, 12 September 2012 21:40

MANDAT

Written by 
Rate this item
(3 votes)


 

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

 

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

 

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

 

Pendidikan Islam ialah satu usaha untuk menyampaikan ilmu kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan dan kesejahteraan di akhirat.

 

 FALSAFAH PENDIDIKAN SAINS NEGARA

 

Pendidikan Sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi.

 

WAWASAN 2020 - SEMBILAN CABARAN

1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
2. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.
3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun.
4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi.
5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adatkebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.
7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.
8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.
9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

NATIONAL KEY RESULT AREAS (NKRA)

6 TERAS NKRA

1. Mengurangkan Jenayah

2. Memerangi Rasuah

3. Meluaskan akses kepada pendidikan bermutu dan termampu

4. Meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah

5. Memperkasa prasarana kuar bandar dan pendalaman

6. Menambahkan baik pengangkutan awam

 

4 SUB-NKRA PENDIDIKAN:

 - memperluaskan dan memantapkan pendidikan prasekolah

 - meningkatkan kadar literasi dan numerasi - LINUS

 - mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi

      . 2012 - 100 buah sekolah dijangka SBT

 - insentif berbentuk kewangan dan bukan kewangan kepada pemimpin sekolah

     . 'New Deal' atau Bai'ah Baru diperkenalkan kepada pemimpin sekolah dengan hasrat untuk mempertingkatkan profesionalisme pengurusan dan kecemerlangan sekolah

DASAR PENDIDIKAN NEGARA

 

 

PLAN STRATEGIK INTRIM KPM 2011 - 2020

 

 

PLAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

 

 

Read 4439 times Last modified on Saturday, 08 March 2014 18:13
Super User

Webmaster SMART

Latest from Super User

FaLang translation system by Faboba