DOA SEKOLAH

Font Size:

SMK ABDUL RAHMAN TALIB, KUANTAN

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN

 

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmu-Mu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hamba-Mu yang Engkau redhai.

Justeru, berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami ilmu yang berguna. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.

Kurniakanlah kepada kami kesihatan anggota, kecerdasan minda, ketenganan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran berdayasaing serta mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat, dan negara.

Ampunilah dosa-dosa kami, dosa ibubapa kami, dosa guru-guru kami.

 

 

 

 

 

FaLang translation system by Faboba