Super User

Super User

Webmaster SMART

Tuesday, 06 February 2018 12:03

PENDAFTARAN TINGKATAN 1 AMBILAN 2/2018

5 FEB 2018, Pendaftaran murid tingkatan 1 ambilan 2 tahun 2018 telah disempurnakan di Makmal Komputer SMK Abdul Rahman Talib dan sesi taklimat ringkas telah disampaikan oleh Puan Hajjah Nor Naseha Rosni binti Mohd Arshad, Pengetua SMK Abdul Rahman Talib kepada ibu bapa yang hadir.

Tuesday, 06 February 2018 11:51

PROGRAM "WE LOVE OUR SCHOOL"

5 FEB 2018, Pelancaran Program "We Love Our School" dan Kempen "Jom Hadir Ke Sekolah" SMK Abdul Rahman Talib telah disempurnakan oleh Puan Hajjah Nor Naseha Rosni binti Mohd Arshad, Pengetua SMK Abdul Rahman Talib di Dataran Tan Sri Abdul Ghafar.

Saturday, 27 January 2018 11:39

LADAP ICT - DIGITAL CLASSROOM

27 JAN 2018, MAKMAL TMK 1 & 2 SMK Abdul Rahman Talib (SMART) telah berlangsung Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) ICT dengan jaya bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Turut bersama dalam LADAP ini Puan Hajjah Nor Naseha Rosni binti Mohd Arshad, Pengetua SMK Abdul Rahman Talib bersama guru-guru baru yang bertukar ke SMART pada tahun ini. 

Tuesday, 23 January 2018 00:00

WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MURID 2018

22 JANUARI 2018 - Dataran Tan Sri Abdul Ghaffar (DTSAG), SMK Abdul Rahman Talib telah diadakan Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pemimpin Murid Tahun 2018 yang disempurnakan oleh Hajah Nor Naseha Rosni binti Mohd Arshad, Pengetua SMK Abdul Rahman Talib.

Tuesday, 02 January 2018 00:00

PENDAFTARAN TINGKATAN 1/2018

1 JANUARI 2018, Sesi pendaftaran murid tingkatan 1 tahun 2018 berlangsung dengan sempurna walaupun dalam keadaan hujan lebat. Sesi pendaftaran diadakan di Dewan Al-Falah dan sesi taklimat diadakan di Dataran Tan Sri Abdul Ghafar yang disampaikan oleh Hajah Nor Naseha Rosni bt Mohd Arshad, Pengetua SMK Abdul Rahman Talib. 

Thursday, 18 May 2017 16:05

SAMBUTAN HARI GURU SMART 2017

Dataran Tan Seri Abdul Ghafar SMART, 16 Mei 2017 - "Guru Pembina Negara Bangsa", tema Sambutan Hari Guru 2017 yang disambut meriah oleh guru-guru SMK Abdul Rahman Talib (SMART) ala berpakaian pahlawan bersama pelajar-pelajar SMART. Nyanyian lagu negaraku dan negeri Pahang, bacaan perutusan KPPM dan ucapan Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua SMART. Acara diteruskan dengan persembahan pelajar dan guru serta sukanika dan permainan tradisional.

Saturday, 08 April 2017 12:33

KARNIVAL PENDIDIKAN & KESENIAN SMART 2017

SMART KUANTAN, 08 APRIL 2017 - Karnival Pendidikan dan Kesenian SMK Abdul Rahman Talib berlangsung dari jam 7.30 am hingga jam 12.30 tengah hari dengan dimulakan bacaan doa dan diikuti dengan aktiviti bersenam beramai-ramai. Aktiviti ini merupakan program yang mengandungi nilai-nilai kerjasama yang diterjemahkan dalam bentuk tingkahlaku bagi membentuk warga SMART yang bercambah keilmuan diri dan membentuk suasana yang harminis dalam kalangan warganya. Program ini menggabungkan empat bidang mata pelajaran iaitu Bahasa, Kemanusiaan, Sains dan Matematik dan Vokasional serta Teknologi bagi menyuntik elemen seni dalam aktitiviti-aktiviti yang dirancang. Majlis telah disempurnakan dengan perasmian penutup dan penyampaian hadiah oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua Cemerlang SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan.

Monday, 03 April 2017 11:23

KEM KEPIMPINAN SMART TAHUN 2017

CHEROK PALOH KUANTAN, 31 MAC - 2 APRIL 2017 : Kem Kepimpinan SMART Tahun 2017 telah berlangsung dengan jayanya di Sakinah Training & Camp, beralamat di No. 230, Kampung Penyagu, Kuantan, Pahang yang melibatkan pelajar-pelajar SMK Abdul Rahman Talib (SMART) seramai 132 orang dikalangan pemimpin-pemimpin pelajar, kelab dan persatuan serta unit beruniform.

DEWAN AL-FALAH, 18 MAC 2017 - Jam 9.00 pagi, telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG SMK Abdul Rahman Talib (SMART) Kali Ke-43 bagi tahun 2017 di Dewan Al-Falah SMK Abdul Rahman Talib. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Shahrizal bin Husin, Naib Yang Dipertua PIBG SMART, turut hadir bersama Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua Cemerlang SMART bersama AJK PIBG serta guru-guru dan ibu bapa. Mesyuarat berjalan dengan sempurna dan sangat harmoni dalam pelbagai perbincangan bagi mengembalikan kegemilangan SMART oleh para ibu bapa pada masa akan datang.

SMART, 17 MAC 2017 - Berlangsung dengan jayanya Pelancaran Program Guru Penyayang & Mentor Mentee peringkat SMK Abdul Rahman Talib (SMART) tahun 2017 di Dataran Tan Sri Abdul Ghafar, SMART yang disempurnakan oleh Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi, Pengetua Cemerlang SMART. Program ini bermatlamat untuk membangun sahsiah diri murid melalui Budaya Amalan Penyayang dengan membudayakan  amalan 3S1D iaitu Senyum, Sapa, Salam dan Doa. Diakhir program pelajar-pelajar telah dibahagikan kepada kumpulan masing-masing mengikut guru-guru yang telah ditetapkan sebagai mento dalam kumpulan yang kecil.

Page 1 of 24